Pemuda derma organ selepas kemalangan, momen hospital beri penghormatan terakhir undang sayu. 'Perginya bawa sinar untuk yang masih hidup'
PEMERGIAN pemuda, Amirrul Mukminin Mohd Zain mengundang rasa pilu orang ramai apabila Allahyarham yang juga pengikrar derma organ menerima penghormatan terakhir daripada warga Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Amirrul Mukminin, 27, terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran Plaza Tol Kijal ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya pada Jumaat lalu.
Pemuda yang bekerja sebagai penyelia pembinaan kemudian disahkan kematian mati otak.
Kepada SinarPlus, keluarga mendedahkan pemuda berusia 27 tahun itu mendermakan mata, ginjal, jantung, tisu kulit, buah pinggang, tulang paha dan tulang betis.
Momen terakhir ibu bapa mengiringi Allahyarham buat kali terakhir sebelum pembedahan dijalankan tular. Petugas kesihatan dilihat memberi penghormatan terakhir tular mengundang titipan doa dan perasaan sayu warga maya.

"Suasana hiba seketika di Unit Rawatan Rapi. Perginya asbab kemalangan dan masih muda. Niat untuk pulang ke Kelantan dari tempat kerja tetapi perjalanannya ALLAH sudah tentukan.
"Seorang pengikrar semasa hayatnya dan keluarga Allahyarham telah menunaikan amanat dan tanggungjwab.
"Reda bukan sesuatu yang mudah. Kuatnya seorang ayah mampu mengiringi sekujur tubuh si anak dalam perjalanan terakhir sebelum pembedahan derma organ.

"Satu penghormatan daripada kami staf HSNZ untuk Allahyarham. Perkasanya Allahyarham teladan daripada sang ayah yang berjiwa besar. Perginya Allahyarham membawa sinar untuk yang masih hidup. Moga dipermudahkan segala urusan keluarga ini. Al-Fatihah," kongsinya.
Artikel berkaitan:
- 'Ambil mata saya kak...'Lelaki ini tawar jadi penderma organ secara terbuka untuk Qaiser Ali, buat ramai sebak!
- Derma organ dapat selamatkan nyawa lain, ini cara untuk daftar
- Sebak! Darna Tajudin pergi dengan jasa terakhir derma kornea. Tangisan lima anak undang pilu
Di dalam kesedihan kehilangan insan tersayang, keluarga menyifatkan Allahyarham berjiwa besar dan telah menunaikan amanat berkenaan sebagai satu tanggungjawab dan penghormatan terakhir buat arwah.

“Perginya arwah memberi harapan kepada mereka yang masih berpeluang untuk meneruskan kehidupan melalui pendermaan organ.
"Kami bangga dengan keberanian dan keikhlasan arwah,” titip abang ipar, NaZz KRw.
Sekadar info, pendermaan organ boleh dilakukan dengan mendaftar sebagai pengikrar. Namun, bagi pemohon yang berusia kurang 18 tahun perlu mendapatkan keizinan daripada ibu bapa / penjaga.
Antara organ dan tisu yang boleh didermakan ialah jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, injap jantung, kornea mata, kulit dan tulang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
