Pemuda iras Park Seo-joon rupanya ustaz, kisah guru muda ini tular raih perhatian. Kejar cita-cita sebagai pendidik

No Image Caption
A
A
A

BARU-baru ini video seorang guru muda tular di laman sosial sehingga menerima 1.5 juta tontonan. Ramai warganet beranggapan Ahmaddin Mohd Aldiee, 21, yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dakwah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Terengganu, Terengganu itu adalah orang Cina.

"Ramai ingat saya bukan Islam kerana katanya muka macam orang Cina, tapi mereka terkejut selepas tahu saya guru di sekolah agama Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa)," katanya.

Meskipun begitu, Ahmaddin yang menetap di Kundasang, Sabah sudah lali dengan pandangan begitu dan terus memanfaatkan cuti semester dengan menjadi guru ganti di sekolah agama Kafa Kundasang Lama.

Di sekolah itu, Ahmaddin mengajar bahasa Arab, Sirah dan Ibadah untuk murid Tahun Satu hingga Enam.

Kisahnya tular sebagai guru muda dan mendapat perhatian warga maya selepas berkongsi video perjalanannya ke sekolah dan suasana dalam kelas dengan anak murid ketika mengajar.

No Image Caption

"Emak salah seorang guru agama di sekolah Kafa, jadi dia yang ajak saya untuk jadi guru agama di sekolah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Saya mula timba pengalaman itu sejak di Tingkatan Lima lagi. Ikutkan ia tidak mudah kerana saya seorang yang introvert.

"Namun apabila mengajar, saya perlu ubah diri menjadi extrovert untuk berinteraksi dengan 20 murid dalam satu-satu masa.

"Lama-kelamaan saya okay selepas cuba jalankan tugas dengan baik dan profesional," katanya.

Berkongsi lanjut, ustaz muda itu lebih selesa menganggap dirinya seperti abang kepada anak muridnya memandangkan usia yang masih muda.

"Saya tak anggap diri saya layak digelar ustaz walaupun mengajar di sekolah agama.

No Image Caption

"Jadi saya lebih senang anggap murid seperti adik. Tambahan saya pun ada adik yang belajar di tahun lima.

"Lebih selesa begitu dan mereka pun sudah kenal saya. Setakat ini saya seronok mengajar kerana suka kongsi ilmu.

"Cuma yang lucu apabila murid tahu saya ada akaun TikTok dan kongsi video suasana sekolah di situ," katanya.

Berhubung video di TikTok, Ahmaddin berkata, perkongsiannya itu sekadar untuk menyimpan kenangan dan pengalamannya sebagai pendidik.

"Tak sangka ramai menonton hingga video perkongsian saya itu mencecah ratusan ribu tontonan.

"Rata-rata yang menonton terhibur tengok gelagat murid saya yang lucu.

"Apa pun, pengalaman saya dapat itu sangat berharga dan berharap cita-cita bergelar guru tetap tercapai satu hari nanti," katanya yang merancang menyambung pengajian dalam Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

Warganet memuji kesungguhan Ahmaddin menyebarkan ilmu kepada masyarakat biarpun pada usia yang masih muda.

Tidak kurang juga yang mengatakan pemuda itu seperti pelakon Korea Selatan, Park Seo Joon.

Sumber: mxdeen, Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang