Polis tidak tolak unsur buli. Kak Wana, Kak Dedeng, tomboi termasuk 60 individu beri keterangan kes Zara Qairina
PENYIASATAN kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina terus berjalan.
Dalam perkembangan terbaharu, Sinar Harian berkongsi seramai 60 individu telah diambil keterangan berkaitan siasatan berhubung kes kematian pelajar itu.
Antara nama yang disebut-sebut dan didedahkan di media sosial iaitu Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi juga telah diambil keterangan manakala 57 yang lain terdiri daripada pelajar, ibu bapa dan kakitangan sekolah.
Berikut info berkaitan yang dilaporkan wartawan Asyikin Asmin:

1-Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan kini telah berada di peringkat akhir dan kertas siasatan telah di bawa ke Bukit Aman untuk perhatian dan penelitian akhir sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.
2-Mengulas lanjut, Jauteh tidak menolak kemungkinan wujud unsur buli dalam kejadian tersebut.
3-Menurutnya lagi, siasatan menjurus kepada dua elemen iaitu punca kepada kematian dan juga persekitaran.

4-Ditanya tentang dakwaan terdapat penglibatan anak atau ahli keluarga orang kenamaan, termasuk dirinya sendiri, Jauteh menafikan dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak sihat.
5-Malah katanya, anaknya sendiri tidak bersekolah di sekolah itu. Siasatan juga tidak dibuat berkaitan anak sesiapa. Jauteh turut menegaskan ada netizen yang sengaja menimbulkan sesuatu yang tidak sihat kepada perkara itu.
6-Berhubung dakwaan penyiasatan mengambil masa yang lama, beliau menjelaskan siasatan dijalankan dengan menyeluruh dan melibatkan 60 saksi menjadi punca.
7-Tambahan pula, saksi-saksi yang merupakan pelajar di sekolah itu yang hanya mungkin melihat atau mendengar atau berkawan dengan mangsa. Beliau mememberitahu, tekanan emosi para pelajar memerlukan pihaknya menjalankan tugas secara profesional agar mereka tidak trauma.

8- Jelas Jauteh, insiden menimpa Zara Qairina berlaku pada 16 Julai dan keesokan harinya pelajar berkenaan meninggal dunia dan susulan itu, siasatan segera digerakkan dengan bantuan pasukan khas dari IPK Sabah.
9-Menurutnya lagi, pihaknya berbincang dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Datuk Azmi Abdul Rahim berkaitan dengan kes berkenaan.
10-Pada 18 Julai, sepasukan khas dari IPK membantu dan mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkan kertas siasatan.
Terdahulu, Zara disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) dalam keadaan parah selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah menengah di Papar, Sabah.
Tanda pagar #JusticeForZara terus digunakan oleh netizen sebagai solidariti menuntut kebenaran buat arwah, yang kisah pemergiannya masih menyentak nurani rakyat Malaysia.
Sumber: Sinar Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

