Rai anak-anak cemerlang SPM 2024, Eskayvie sasar 75 ribu pelajar cemerlang menerusi kempen booster minda
ESKAYVIE, syarikat pengeluar produk kesihatan halal nombor satu di Malaysia, berbangga dengan pencapaian ribuan pelajar yang meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023/2024.
Sebagai tanda penghargaan, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Eskayvie Mindtropic telah diadakan pada 22 Jun 2024 di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam untuk bersama-sama meraikan kejayaan para pelajar.
Kriteria pelajar cemerlang Eskayvie Mindtropic yang dipilih adalah berdasarkan dua kategori yang mana kategori pertama, pelajar yang mencapai semua subjek A dalam peperiksaan SPM, kategori kedua adalah pelajar yang mencapai peningkatan gred di dalam Peperiksaan SPM berbanding Peperiksaan Percubaan SPM yang lepas. Pemilihan ini sejajar dengan usaha Eskayvie yang sentiasa komited dalam membantu meningkatkan tahap keupayaan minda pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran.
"Silibus pembelajaran zaman sekarang yang semakin susah dan mencabar membuatkan
anak-anak terpaksa bergelut dan memerlukan usaha 200% untuk memastikan mereka dapat skor dalam exam,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri.
75 ribu pelajar cemerlang
Anugerah Pelajar Cemerlang Eskayvie Mindtropic yang disampaikan ini bukan sekadar kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi turut menghargai setiap usaha keras yang dilakukan oleh setiap daripada mereka.
Sementara itu, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed berkata, Eskayvie menilai kejayaan bukan sekadar di atas kertas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi juga menerusi sokongan yang diberikan oleh ibu bapa.
Booster Minda, kempen terbaharu yang dilancarkan oleh Eskayvie merupakan satu inisiatif hebat bagi membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam pelajaran menerusi Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Mindtropic Junior.
Kempen ini menawarkan sokongan komprehensif menerusi tiga inisiatif utama iaitu yang pertama, pengambilan nutrisi yang seimbang bagi menyokong fungsi kognitif, yang kedua menyediakan sokongan pembelajaran dan ketiga menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam menyokong pembelajaran anak-anak yang lebih positif.
“Sebagai ibu bapa, kita tak sampai hati melihat anak-anak kita struggle. Melalui inisiatif yang telah disusun oleh Eskayvie, kita akan membantu para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Alhamdulillah Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Mindtropic Junior adalah solusi kepada kegusaran ibu bapa dan bantuan kepada murid dan pelajar untuk perkembangan minda mereka.
“Dengan wujudnya kempen Booster Minda ini, kami mensasarkan untuk lahirkan 75 ribu pelajar cemerlang. Insya-Allah lebih ramai masyarakat akan didedahkan tentang kepentingan pengambilan nutrisi melalui program kesedaran, pendidikan dan seminar-seminar yang akan diadakan dari semasa ke semasa,” kata Kartika Wati Mohamed lagi.
Majlis anugerah diserikan dengan kehadiran CEO Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri, Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed dan Duta Eskayvie, Datuk Aznil Haji Nawawi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang