Ramai cemburu bila Haliza Maysuri belanja BMW i7 & rantai emas buat Money, tapi kisah Aspen bikin netizen tersentuh

No Image Caption
A
A
A

MEWAHNYA hidup! Siapa sangka, seekor kucing boleh mendapat layanan setaraf VVIP bila diraikan di sebuah butik jenama terkemuka dan terima hadiah ratusan ribu ringgit.

Kisah Money yang merupakan kucing peliharaan jutawan tudung ini bikin ramai teruja apabila dihadiahkan kereta mahal berupa BMW i7 dan rantai emas.

Bagi Haliza Maysuri yang memiliki dua anak bulus iaitu Money dan Aspen itu beranggapan, ‘mereka’ bukanlah teman manja semata-mata tapi pembawa rezeki, penghibur dan simbol kasih sayang.

Bukan sekadar kata-kata, usahawan tersebut membuktikan dengan cara luar biasa. Sempena sambutan hari jadi kucing kesayangannya, 'mereka' dihadiahkan mangkuk makanan khas bernilai RM11,000.

“Tidak terkira dalam sebulan berapa banyak saya habiskan untuk Money dan Aspen sebab memang anggap mereka seperti anak sendiri. Saya akan beli apa sahaja untuk anak-anak ini," ujarnya.

No Image Caption

Menurut Haliza, Money mempunyai perangai macam ‘manusia’ yang mana jenis kuat cemburu kalau tidak diberi perhatian atau hadiah, tapi sangat ceria kalau diraikan.

“Money adalah kucing yang berperangai seperti manusia. Jika dia tidak dapat hadiah, akan rasa cemburu. Kalau dapat, dia akan teruja dan suka. Jadi, tahun ini kami belikan mangkuk makanan yang ditempah khas," ungkapnya.

Artikel Berkaitan:

Bahkan, Money pernah dijemput untuk menyambut hari lahirnya di butik Louis Vuitton, satu penghormatan yang jarang sekali diberikan kepada haiwan peliharaan.

No Image Caption

“Pihak LV sendiri beritahu, Money ada aura tersendiri. Mereka nak dia bantu promosi beg khas untuk haiwan peliharaan," jelas Haliza lagi.

Rata-rata warganet yang mengikuti perkongsian tersebut berseloroh dan terhibur dengan gaya hidup mewah kucing wanita berkenaan yang disamakan seperti ‘anak datin’ lengkap dengan sambutan hari jadi di butik eksklusif.

No Image Caption

“Macam nak tunjuk kereta baru ja ni, tapi kucing yang kena bahan.” – @finn_amin

“Saya tengah imagine kucing bawa kereta…” – @_.Reen

“Baru aku tahu kucing sekarang dah pandai bawa kereta mewah.” – @MsNeyra

“Nanti ambilkan lesen memandu!” – @user9712393809569

No Image Caption

Namun di sebalik gurauan, ada juga suara-suara yang meluahkan harapan agar kekayaan yang dikecapi dapat dikongsi bersama mereka yang lebih memerlukan.

“Mohon puan berikan bantuan buat anak-anak bulus yang terbiar serta shelter-shelter yang ada di Malaysia ini. Semoga dimudahkan urusan.” – @Sheera89

“Sedekah kepada orang susah dan anak yatim puan.” – @Halimah Harun

“Alangkah baiknya kalau rezeki itu dibahagi dengan insan-insan yang sangat memerlukan.” – @zurieraf

Tak kurang juga yang mencemburui ‘nasib baik’ si Money dan Aspen yang hidup bagaikan selebriti.

“Saya pun nak jadi anak bulu jugaklah.” – @E R I N F A U Z I

“Beruntungnyaaaa si bulus…” – @izzaalza906

“Saya mampu tengok je…” – @CikLa

Namun, tidak kurang juga yang mendoakan kejayaan Haliza agar terus memberi inspirasi dan membawa manfaat.

“Semoga menjadi inspirasi buat mereka yang berfikiran positif. Saya suka betul tengok orang-orang yang berjaya dan kaya raya.” – @Y U L Z U L A I K H A

“Moga akak kaya dan lebih kaya dunia akhirat… Aamiin.” – @Nur_Bee

“Semoga makin-makin kaya puan. Aamiin.” – @Rohani Othman

No Image Caption

Ada yang bergurau tentang harga dan gaya hidup kucing itu. Namun satu yang pasti, kisah Haliza dan dua ‘anak bulusnya’ ini berjaya menyentuh hati ramai.

Rezeki saat sakit disihir

Jika Money diraikan dengan gaya hidup tak ubah seperti bintang, kisah Aspen pula lebih menyentuh hati.

Dalam satu perkongsian penuh emosi, Haliza mengimbas kembali bagaimana kucing itu hadir di saat hidupnya sedang diuji hebat ketika pandemik COVID-19.

“Ketika COVID-19 melanda, saya diuji dengan pelbagai cabaran. Sakit dan sihir yang menghalang saya masuk ke pejabat sendiri. Namun, tanggungjawab besar memaksa saya untuk bangkit. Saya jadikan bangunan kosong sebagai tempat berniaga secara dalam talian, berbekalkan doa dan kebergantungan penuh kepada Allah," kongsinya.

Dalam tempoh getir tersebut, Aspen hadir sebagai cahaya harapan dan peneman setia yang menceriakan hari-hari suram.

No Image Caption

Walaupun datang dalam keadaan sakit dan terbiar, kasih sayang Haliza menjadikan Aspen kembali sihat sekali gus menjadi sumber kekuatan.

“Kehadiran Aspen, seekor kucing yang Allah hantar dalam hidup saya, membawa sinar baru. Walaupun datang dalam keadaan sakit, Aspen menjadi teman, penghibur dan tanda rezeki dari Tuhan," jelas wanita itu lagi.

Malah, Haliza turut berkongsi bahawa kehadiran Aspen turut membawa limpahan rezeki yang tidak disangka-sangka. Konten media sosialnya yang menampilkan telatah comel kucing itu sering menarik perhatian ramai.

No Image Caption

“Setiap hari, telatah comel Aspen menceriakan hati saya dan menjadi tarikan follower untuk melihat konten saya di media sosial. Kehadiran Aspen membawa rezeki yang luar biasa, yang mana apa sahaja produk yang saya jual ketika itu menjadi sangat laris," katanya.

Kini, Haliza kekal bersyukur atas kasih sayang yang diterima melalui anak-anak bulunya itu.

“Alhamdulillah, syukur atas limpahan rezeki yang ALLAH kurniakan kepada saya dan juga anak-anak bulu yang menjadi peneman setia. Segala yang berlaku adalah tanda kasih sayang ALLAH dan saya amat bersyukur atas nikmat ini," ujarnya lagi.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang