Rita Rudaini ulas isu buli MRSM. 'Kepada yang tak nak belajar… silakan keluar'

No Image Caption
A
A
A

SEBELUM ini tular seorang pelajar lelaki dibuli oleh beberapa pelajar lain di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di utara yang mana beliau dihenyak dan dilibas menggunakan tali pinggang.

Kejadian ini menimbulkan kebimbangan ramai mengenai keselamatan dan kesejahteraan pelajar di institusi pendidikan. Malah, menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Tidak ketinggalan, pelakon Rita Rudaini turut mengulas tentang isu ini memandangkan anak beliau juga sedang menimba ilmu di MRSM.

Pelakon yang terkenal dalam filem Mami Jarum ini dimuat naik di Instagram miliknya yang menzahirkan pujian dan ucapan terima kasih atas tindakan pantas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, dalam menangani kes buli yang berlaku, sambil menekankan bahawa peraturan yang terlalu ketat boleh menyebabkan pelajar berasa tertekan dan memberontak.

"Kepada yang tak nak belajar... silakan keluar. Yang dah bosan mengajar pun boleh keluar juga.

"Terima kasih kepada @drasyrafwajdi atas tindakan pantas, walaupun kejadian ini berlaku tahun lepas. Pihak maktab sepatutnya tidak menyembunyikan atau memandang ringan isu seperti ini.

"Kadang-kadang, peraturan yang terlalu ketat dan tegas tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan pelajar tertekan dan mula memberontak. Dari sekadar bergurau, mereka boleh naik taraf kepada perbuatan membuli. Ada juga yang tak kacau orang lain tapi lepaskan tekanan dengan cara lain,contohnya hisap rokok atau vape," kata beliau.

No Image Caption



Ibu kepada dua cahaya mata itu juga menekankan bahawa pendidikan bermula dari rumah, dan persekitaran rakan sebaya turut mencerminkan keperibadian seseorang.

Rita turut berkongsi pemerhatian terhadap perubahan sikap generasi pelajar kini.

"Maktab tak salah. Mana-mana sekolah pun akan hadapi cabaran yang sama. Yang salah sebenarnya adalah perangai dan sikap segelintir manusia.

"Budak-budak sekarang walaupun lahir di zaman serba canggih, tapi cara fikir mereka tak secanggih budak-budak dulu. Budak dulu kalau nak buat sesuatu, memang fikir sampai 100 kali, siap terbayang kena libas. Budak sekarang pula jenis 'buat dulu, fikir nanti bila free',

"Pendidikan dan nilai juga bermula dari rumah. Nak tengok peribadi seseorang? Tengoklah siapa kawan-kawan dia.

"Kita kena tahu beza antara ketegasan dan kekerasan. Sama juga dengan beza antara hormat dan takut, yang mana satu pilihan kita?," soalnya.

No Image Caption



Di ruangan komen, Rita memuji MARA sebuah agensi yang banyak memberikan peluang dan kemudahan kepada pelajar yang benar-benar ingin belajar di MRSM. Namun begitu, beliau berpendapat peluang tersebut sering kali disia-siakan.

"Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, pelajar tidak perlu melakukan kesalahan disiplin besar untuk dikenakan tindakan. Prestasi akademik yang merosot sahaja sudah cukup untuk menyebabkan pelajar dibuang sekolah demi menjaga nama baik dan prestasi institusi.

"Tambahan pula, proses untuk memasuki MRSM bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan kelayakan yang tinggi.

"Melihat kepada situasi semasa, mungkin sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan semula pendekatan disiplin seperti sistem sekolah berasrama penuh terdahulu yang lebih tegas dan berstruktur," ujarnya.



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang