Sabrina Bolivar dedah ibu isteri keempat pengurusan tertinggi GISBH. 'Dia pelajar pintar, disuruh basuh berak kencing anak tiri...'

No Image Caption
A
A
A

SKANDAL Global Ikhwan Sdn Bhd dan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) menjadi perhatian warga maya. Satu persatu fakta jelik didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengakui jijik dengan penemuan dalam siasatan yang dijalankan.

Difatwakan sebagai ajaran sesat di Perlis dan Terengganu, satu persatu penangkapan dan pendedahan yang melibatkan jenayah dan ajaran yang dikaitkan dengan organisasi itu.

Baru-baru ini, TikToker Sabrina Bolivar yang mendakwa ibunya isteri keempat salah seorang ahli tertinggi GISB (dahulu dikenali sebagai Al-Arqam).

No Image Caption



Tidak hanya itu, beliau juga membuat pendedahan mengejutkan mengenai organisasi itu yang katanya telah membuat sang ibu trauma sehingga kini.

Sabrina yang kini menetap di Paris berkata perkongsian berkenaan adalah bagi memberi kesedaran sesetengah pihak yang mendakwa serbuan yang dilakukan bertujuan menjatuhkan ‘ekonomi Islam’.

Menurut Sabrina, beliau sejak kecil melihat banyak pengabaian yang berlaku kepada ibunya semasa bersama dalam organisasi tersebut.

“Ayah saya telah meninggal dunia dan saya bertuah kerana nenek saya mendapat pendidikan dan dia dapat melihat penderaan yang berlaku.



No Image Caption



“Dia melihat pengabaian saya, adik-beradik saya, dan ibu saya,” katanya dalam video itu.

Dedah Sabrina, ibunya adalah bekas pelajar perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum menyertai kultus itu dan telah dipengaruhi oleh kumpulan itu terutamanya Ummu Jah (Khadijah Aam), yang merupakan salah seorang isteri kepada ketua Al-Arqam, Asaari Muhammad.

Sabrina berkata ibunya, yang baru berusia 22 tahun ketika itu dengan ahli kumpulan itu. Jelas Sabrina ibunya yang lurus berminat dengan isu berkaitan agama.

“Mereka memberitahu ibu bahawa 22 tahun adalah usia yang baik untuk berkahwin, ustazah tersebut memberitahu ibu saya dan memaksanya berkahwin dengan Ustaz (guru agama lelaki) daripada kumpulan itu.

No Image Caption



“Ibu saya yang naif memberitahu nenek saya, dan dia fikir perkahwinan sesuatu yang positif dan baik... dan begitulah ibu saya mengahwini suami pertamanya,” katanya sambil mendedahkan amalan perkahwinan yang tidak beretika dalam kumpulan itu.

Namun, Sabrina bersyukur ibu dan adik-beradiknya dapat diselamatkan oleh neneknya, Dr Christine Rohani Longuet, 75, yang berjuang untuk mengeluarkan mereka daripada kumpulan itu.

Sabrina berkata perkahwinan pertama ibunya tidak bertahan lebih daripada enam bulan. Ujarnya organisasi itu mahu mengikat ibunya ke dalam kumpulan itu sehingga apabila "diwariskan" kepada suami seterusnya kerana perkahwinan seterusnya wanita yang diceraikan tidak lagi memerlukannya persetujuan keluarga.

Ibunya kemudian berkahwin dengan arwah bapanya sebagai isteri keempat. Namun hal itu hanya diketahui ibunya selepas majlis perkahwinan.

"Itu dua trauma. Pertama, perkahwinan pertamanya hanya bertahan selama kira-kira enam bulan dan trauma kedua, tanpa mengetahui bahawa dia memasuki perkahwinan poligami dan dibuli oleh madu-madu.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption



“Trauma ketiga menyusul selepas dia melahirkan saya. Ibu mengalami kemurungan selepas bersalin (post partum psychosis) sehingga hari ini,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa tugas ibunya dalam perkahwinan dan dalam kumpulan itu terpaksa menjaga semua anak di dalam kediaman itu.

Neneknya berjuang untuk mengeluarkan beliau tiga lagi adik-beradik yang lain.

Katanya, susulan trauma yang dihadapi pengabaian, ibunya terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan sehingga ke hari ini.

"Doa agar ibu kami menjadi kuat dan pulih," katanya.

Sabrina yang bersyukur terselamat daripada kancah berkenaan menghargai usaha neneknya berharap agar orang ramai mendoakan kesejahteraan ibu kembali pulih.

Pada 11 September 2024 lalu, operasi yang digelar Operasi Global yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia menyasarkan rumah kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISBH membongkar kes pengabaian kanak-kanak dan penderaan seksual.

Jumlah awal kanak-kanak yang diselamatkan ialah 402, di mana 201 lelaki dan 201 perempuan berumur antara satu hingga 17 tahun, selain 171 suspek termasuk guru serta warden direman.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin bin Husain berkata sebahagian kanak-kanak berkenaan telah diliwat dan dianggap melakukan serangan seksual terhadap rakan sebaya.

Pemeriksaan kesihatan terhadap 384 kanak-kanak yang diselamatkan mendedahkan bahawa mereka mengalami kecederaan fizikal dan penderaan seksual dan 13 daripada mereka telah diliwat.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang