Sah! Eyka Farhana selamat bernikah dengan pemain bola sepak kebangsaan

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS 9 bulan mengikat tali pertunangan, pelakon Eyka Farhana akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid.

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan itu selamat diijabkabul tepat jam 10.12 pagi tadi dalam majlis yang berlangsung di Boathouse By The Lake, Ampang.

Eyka, atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, menerima mas kahwin sebanyak RM3,200. Pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.

Eyka tampil anggun mengenakan baju kurung moden berwarna putih rekaan Teh Firdaus, manakala Akhyar, atau nama sebenarnya Muhammad Akhyar Abdul Rashid, segak berbaju Melayu sedondon.

No Image Caption



No Image Caption



Majlis akad nikah yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Beberapa rakan artis turut hadir memeriahkan majlis, antaranya Mimi Lana, Amelia Henderson, Yaya Zahir, Shalma Ainaa, Sophia Liana, Azira Shafinaz dan Alicia Amin yang juga bertindak sebagai pengiring dulang hantaran.

No Image Caption



Untuk rekod, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos tahun lalu selepas lima tahun menjalin hubungan cinta.

Sebelum ini, pelakon yang popular menerusi drama Juvana mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga pada awal Mei, namun tidak berkongsi tarikh sebenar atas sebab tertentu.



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang