Sah! Sanusi kahwini pegawai polis, dipinang isteri pertama. 'Rasa tidak ada isu, ada kuota dua lagi'

No Image Caption
A
A
A

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akhirnya mengesahkan bahawa beliau mengahwini seorang pegawai polis sebagai isteri kedua selepas spekulasi yang timbul sejak beberapa minggu lalu.

Menurut beliau, proses perkahwinan itu juga dilaksanakan mengikut proses dan undang-undang perkahwinan yang sah selain pinangan perkahwinan keduanya dilakukan sendiri oleh isteri pertamanya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh.

"Saya (nak maklumkan saya sudah) kahwin dengan polis, isteri saya pergi meminang, pinangan itu dibuat oleh isteri saya, berbulan (bulan) dahulu,



"Alhamdulillah (majlis berlangsung dengan) sempurna, teratur dan beres, (pada) hari pinangan (dan) hari perkahwinan, isteri (pertama) saya ada (bersama), anak-anak saya (juga) hadir, semua proses yang kena buat untuk (perkahwinan) itu semua dipatuhi, jadi tidak ada isu," katanya.

No Image Caption



Dalam perkembangan sama, katanya pendedahan itu dibuat hari ini bagi mengelak lebih banyak spekulasi yang tidak benar dan fitnah keatas beliau dan keluarga.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu, beliau mengambil sikap berdiam diri sebelum ini berhubung perkahwinan keduanya bagi mengelakkan wujud cerita-cerita sensasi yang tidak perlu mengaitkan dirinya.

"Benda-benda (perkahwinan) macam itu tidak patut jadi sensasi, masyarakat (sepatutnya) kena didik, (nak) sensasi (apa-apa pun) mesti kena ada ilmu apa semua, saya tak berhasrat buat pengumuman itu (sebelum ini) sebab saya nak elak benda sensasi yang tak perlu,

"Jadi (apabila) hampa ligan (kejar), saya pun kesian tengok hampa, saya pun maklum (hari ini), saya rasa tidak ada isu apa, saya ada kuota dua lagi," katanya berseloroh.

Artikel Berkaitan:



No Image Caption



Terdahulu, Sanusi enggan mengulas desas-desus mengenai perkahwinan keduanya.

Beliau berkahwin dengan Jusmalailani pada 14 Februari 1999 dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nur Fatihah, Muhammad Umar Zuhdi, Nur Asma', Nur Hana dan Sofea Humaira.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang