Sebak! Anak yatim tumpang tidur di dobi. Ibu meninggal dunia, bapa dalam penjara. 'Kita rasa hidup susah, rupanya ada lebih derita...'

No Image Caption
A
A
A

“Setiap kali datang, mesti nampak dia tidur di sini...”

BEGITULAH luahan pilu seorang pengguna TikTok apabila melihat seorang kanak-kanak lelaki terbaring kesejukan tanpa selimut, hanya beralaskan lantai keras di tengah malam.

Menerusi hantaran video yang dikongsikan oleh @m.hafiq, kanak-kanak tersebut hidup sebatang kara selepas kehilangan ibu tercinta, manakala bapanya pula sedang menjalani hukuman penjara.

Lebih memilukan, tiada saudara terdekat yang sudi mengambil peduli, menyebabkan dia terpaksa mencari tempat berteduh sendiri.

“Ya Allah, kesiannya dengar cerita adik ini. Mak sudah tiada, ayah pula dalam penjara. Cerita sambil air mata mengalir...” tulisnya.

Sebelum ini, M. Hafiq sering melihat kelibat kanak-kanak tersebut di dobi berkenaan, namun tidak berkesempatan untuk bertanya khabar sehinggalah pada hari itu.

Difahamkan, budak lelaki itu tidak mempunyai tempat tinggal tetap, namun dobi tersebut menjadi antara lokasi dia menumpang tidur kerana tiada pilihan lain.

Artikel Berkaitan:

Terpukul dengan nasib anak kecil itu, M. Hafiq turut menghulurkan sedikit sumbangan agar kanak-kanak berkenaan dapat membeli makanan.

“Dapat duit terus bangun, keluar beli makan. Kadang-kadang kita rasa hidup kita susah, tapi rupanya ada yang lebih derita sampai tiada tempat tinggal dan sukar nak makan," luahnya.

Situasi tersebut bukan sahaja membuatkan beliau lebih bersyukur, malah menjadi peringatan buat dirinya dan orang ramai agar tidak pernah lokek dalam membantu mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun, dalam video susulan, M. Hafiq berkongsi perkembangan menggembirakan apabila pihak berwajib telah tampil membantu kanak-kanak tersebut.

Usaha itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada mereka yang mengikuti kisahnya, hasil daripada kerjasama orang ramai yang turut membantu menghebahkan video yang dikongsikan oleh M. Hafiq.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang