'Gatal tangan' picit jerawat kawasan segitga bahaya wajah. Awas! Boleh undang jangkitan otak!

A
A
A

SESETENGAH orang bila muka naik jerawat, mereka akan biarkan sahaja sehingga reda dan hilang dengan sendiri. Namun, lain pula dengan yang jenis gatal tangan, pantang nampak suka betul nak picit jerawat tersebut! Bila jerawat dah pecah, terasa kepuasannya itu.

Anda pernah tak dengar tentang segitiga bahaya wajah? Kawasan ini meliputi dari jambatan hidung ke sudut mulut iaitu kawasan ini bukan hanya sekadar kulit tetapi ia adalah pintu kepada risiko besar yang tersembunyi.

Memetik perkongsian dari Public Health Malaysia, di kawasan tersebut, saluran darah mempunyai hubungan langsung ke otak. Sekali bakteria masuk, pelbagai komplikasi boleh berlaku. Antaranya:-

-Abses otak

-Kerosakan saraf muka

-Strok

-Meningitis

-Pembetukan darah beku

-Jangkitan otak

Mungkin komplikasi ini jarang berlaku, tetapi kesannya cukup menakutkan dan membuatkan anda untuk berfikir dua kali.

No Image Caption

Malah, sebelum ini pernah dilaporkan dalam artikel Dr Latif Saad dari TheDiagnosa, terdapat kes seorang pesakit wanita berusia 28 tahun yang dikejarkan ke jabatan kecemasan akibat tidak sedarkan diri. Mukanya juga terdapat jerawat besar dan merah menyala pada bahagian pangkal hidung iaitu di antara bahagian mata.

Pesakit yang mempunyai suhu 39 darjah itu juga mula menunjukkan tanda sawan sebelum disahkan mengalami jangkitan selaput otak akibat daripada kehadiran bakteria jenis Staphylococcus areus.

No Image Caption

Hasil pemeriksaan mendapati, pesakit berkenaan dijangkiti bakteria itu selepas cuba untuk mengeluarkan jerawat yang tumbuh di wajahnya.

Dalam pada itu, bagi meredakan jerawat tersebut tanpa perlu memicitnya adalah dengan:-

- meletakkan kain suam dan biarkan jerawat sembuh dengan lembut.

- Tampal pelekat jerawat, lindungi kulit anda dari luka.

- Jika keadaan makin teruk, serahkan pada pakar kulit untuk merawatnya.

Jerawat bukan musuh, ia hanya isyarat kecil tubuh anda memerlukan kasih sayang. Jangan bertindak kasar pada diri sendiri. Biarkan kulit anda pulih dengan penuh sabar, seperti bunga yang mekar perlahan di bawah cahaya matahari.

Jangan lupa, kecantikan sejati datang dari kelembutan cara anda mencintai diri sendiri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang