'Stresnya sampai rasa nak bun*h orang saja, lantaklah nak hidup ke nak m@ti.' Mesej ibu bapa Zayn Rayyan didedah
KES Zayn Rayyan Abdul Matiin terus menjadi menjadi perhatian. Pilu, sedih dan geram bercampur baur, kematian tragis kanak-kanak autistik itu menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.
Perbicaraan pertuduhan pengabaian oleh ibu ibu bapa kanak-kanak malang itu, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, mendedahkan info yang menghiris hati
Manakan tidak, saksi perbicaraan memaklumkan terdapat perbualan 'rasa macam nak bunuh orang je’, hampir enam bulan sebelum Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, dekat Pangsapuri Idaman, Damansara Damai.
Berikut 12 info pendedahan yang meruntun hati:
1-Saksi pendakwaan ke-25, Asisten Superintendan (ASP) Mohd Zaidi Abu Hassan, 43, yang juga juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer memaklumkan antara kandungan WhatsApp yang diekstrak daripada salah satu telefon bimbit yang dirampas adalah 'stressnya sampai rasa nak bunuh orang saja' dan 'lantaklah nak hidup ke nak mati'.
2-Hasil analisis didapati daripada salah satu telefon jenama iPhone menggunakan iCloud atas nama Ismanira manakala telefon Huawei menggunakan akaun Google atas nama Zaim Ikhwan Zahari.
3-Mohd Zaidi yang bertugas di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi keterangan pada hari ke-14 prosiding berkata, perbualan WhatsApp atas nama folder 'Baby Sayang' dan 'Manja' itu diekstrak daripada dua telefon bimbit iaitu Huawei dan iPhone serta dua kad sim yang diserahkan oleh pegawai penyiasat kes.

4-Berikut adalah perbualan ketika sesi pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi.
Nur Sabrina: Mesej bertarikh 20 Jun 2023 pada jam 11.58 pagi, dalam 'folder' Baby Sayang, ASP jelaskan ke mahkamah apakah mesej yang dinyatakan di kotak pertama?
Mohd Zaidi: 'Stressnya sampai rasa nak bunuh orang je.'
Nur Sabrina: Boleh nyatakan tarikh dan masa mesej itu dihantar?
Mohd Zaidi: Tarikh pada 20 Jun 2023 pada jam 11.58 pagi.
Nur Sabrina: Kita pergi ke kotak seterusnya, boleh bacakan teks dinyatakan?
Mohd Zaidi: 'Kena belasah dah sekor-sekor, aku nak rehat pun tak boleh.'
Seterusnya, mahkamah didedahkan dengan jawapan balas WhatsApp berkenaan.
Nur Sabrina: Boleh ASP bacakan mesej di kotak ke-10?
Mohd Zaidi: 'Hang belasah jelah sampai puas' pada 20 Jun 2023
Nur Sabrina: ASP boleh bacakan teks pada kotak kedua?
Mohd Zaidi: 'Pastu (lepas itu) nanti sakit ke mati baru tahu', pada 20 Jun 2023, jam 12.19 tengah hari.
5-Mohd Zaidi yang sudah berkhidmat hampir 18 tahun dalam bidang itu turut diminta pegawai penyiasat untuk mengeluarkan WhatsApp perbualan dua nombor itu pada hari kehilangan arwah Zayn Rayyan pada 5 Disember 2023 bermula jam 12.20 tengahari hingga 12.59 tenghari.
Nur Sabrina: Saya ingin merujuk teks pada 5 Disember 2023, boleh bacakan kepada mahkamah apakah teks berkenaan?
Mohd Zaidi: 'Zayn hilang, dia lari, lantaklah nak hidup ke nak mati, letih gila aku mencari, geram betullah.'
6-Mahkamah sama juga dimaklumkan pada 11 Oktober 2023, dua mesej dikeluarkan daripada telefon sama menunjukkan perbualan 'stress gilalah dengan Zayn ni' dan 'macam nak bunuh diri je sekarang' pada jam 6.45 petang.

7-Terdahulu, Mohd Zaidi membacakan pernyataan saksi memberitahu pegawai penyiasat memintanya mengeluarkan apa-apa video, mesej dan gambar yang sudah dipadam dari telefon bimbit yang dirampas.
8-Dalam prosedur yang dijalankan, Mohd Zaidi telah mengeluarkan kandungan mesej perbualan WhatsApp dari telefon bimbit bertanda F1 iaitu perbualan antara B1 dan B2 (suspek) atas nama WhatsApp 'Baby Sayang' bertarikh 20 Jun, 11 Oktober, 20 November, 1 Disember dan 5 Disember 2023.
9-Katanya, pemeriksaan dan analisis ke atas data barang kes iaitu telefon bimbit jenama Huawei bersama satu kad sim bertanda F1, pemeriksaan terhadap telefon mengeluarkan perbualan di aplikasi WhatsApp telefon bimbit dengan nombor ditanda Baby Sayang pada lima tarikh berkenaan.
Artikel berkaitan:
- 'Anak saya tidak boleh bercakap, hubungi jika nampak'. Lengkap uniform sekolah, kanak-kanak autisme 6 tahun hilang
- Hilang lebih 24 jam, anak autisme Zayn Rayyan ditemui tak bernyawa, bapa pengsan terima hakikat, ini kronologi menyentuh hati
- 'Happy sangat abang waktu ni,' ibu kongsi detik terakhir keluar bersama Zayn Rayyan sehari sebelum hilang runtun hati ramai
- 'Zayn Rayyan anak kandung kami, saya tak pernah kahwin lain.' Ibu minta hentikan sebar perkara tidak betul
10-Pemeriksaan juga mengeluarkan perbualan di aplikasi WhatsApp telefon bimbit yang ditulis Ummi dan Ayah dalam telefon bimbit. Ia juga telah mengeluarkan data yang dipadam di dalam telefon bimbit untuk rujukan pegawai penyiasat.
11-Selain itu, katanya, pemeriksaan dan analisis ke atas data Iphone bersama satu kad sim bertanda F2 iaitu pemeriksaan juga mengeluarkan perbualan di aplikasi WhatsApp telefon bimbit dengan nombor disimpan sebagai Manja dan Ayah di dalam telefon bimbit.
12-Hasil pemeriksaan juga mendapati, terdapat aplikasi yang dinyahpasang (uninstalled) di dalam telefon bimbit Iphone antaranya Facebook, Google Photos, Telegram, Threads, Apple Mail dan WhatsApp Business.

Mengikut pertuduhan pindaan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matin yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan apartment sama di sini antara jam 12 tengahari, 5 Disember dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Imbas kembali, mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring berhampiran anak sungai berdekatan sehari selepas dilaporkan hilang.
Kanak-kanak autistik itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan badannya akibat mempertahankan diri.
Sama-sama kita doakan pembunuh Zayn akan diberikan hukuman yang setimpal.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
