'Anak saya tidak boleh bercakap, hubungi jika nampak'. Lengkap uniform sekolah, kanak-kanak autisme 6 tahun hilang
SEORANG kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun dilaporkan hilang sejak 12 tengah hari Selasa.
Berita kehilangan itu dikongsi ibunya, Izz Manaf menerusi Facebook, menyatakan anaknya, Zayn Rayyan hilang dalam keadaan masih lengkap berpakaian sekolah.
"Assalamualaikum, minta tolong jika ada ternampak anak saya seperti dalam gambar, anak saya hilang dari tengah hari tadi (semalam),” katanya.
Sehubungan itu, Izz meminta orang ramai untuk membantu mencari dan menghubungi mereka sekiranya terserempak Zayn.
"Jika ternampak sila hubungi nombor seperti di bawah. Anak saya orang kurang upaya (OKU), autisme.
"Dia tak boleh bercakap. Jika nampak sila pegang dia dahulu ya, terus hubungi saya, terima kasih," katanya.
Zayn berketinggian 120 sentimeter (cm) dan dilihat kali terakhir berpakaian baju berkolar putih dan seluar hitam serta berkasut sekolah.
Orang ramai boleh menghubungi nombor yang tertera ini, 01151687158 dan 01133119578 jika mengetahui kedudukan kanak-kanak berkenaan.
Difahamkan, Zayn bersekolah di Damansara Damai.
Baca juga:Struggle urus zuriat istimewa, bapa kongsi cara latih anak autisme seawal usia
Info Autisme:
1. Autisme atau autism spectrum disorder (ASD) adalah gangguan mental yang berkaitan dengan tumbesaran dan perkembangan seseorang kanak-kanak.
2. Ia juga akan memberi kesan terhadap sosial, komunikasi dan tingkah laku kanak-kanak istimewa ini.
3. Kebiasaannya, kanak-kanak autisme akan mempunyai masalah dalam pertuturan. Perkembangan bahasa mereka pula adalah berbeza bergantung kepada tahap ciri-ciri autisme yang dialami oleh mereka.
Berikut merupakan antara masalah perkembangan bahasa anak autisme:
-Tidak boleh bertutur.
-Jika mampu untuk bertutur sekalipun, ia tidak boleh difahami.
-Cuma mengeluarkan bunyi sahaja seperti menjerit.
-Tidak memberikan tumpuan dan contact mata semasa berbual.
-Kadang-kadang dapat menuturkan sesuatu, tetapi hanya seketika dan tidak mampu untuk mengulanginya.
-Boleh meniru ayat atau menyanyi lagu tetapi tidak mengerti maksudnya.
-Gemar mengajuk kata-kata individu lain atau ekolalia.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube, Tiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang