‘Sudah jatuh ditimpa tangga.' Belum pulih dari insiden letupan gas, kini penduduk kampung diuji pula dengan banjir
JIKA sebelum ini penduduk Kampung Kuala Sungai Baru dan Kampung Tengah hanya mampu menahan sebak melihat rumah mereka musnah dalam insiden kebakaran berpunca daripada paip bocor berhampiran kawasan Putra Heights, kini mereka sekali lagi diuji dengan dugaan yang lebih meruntun jiwa.
Belum reda kepenatan membersihkan kesan hitam di dinding dan bau asap daripada tragedi kebakaran itu, rumah-rumah penduduk di dua kampung terbabit sekali lagi terjejas akibat dinaiki air susulan hujan berterusan awal pagi semalam.
Perkongsian itu dibuat oleh penduduk menerusi aplikasi WhatsApp, disertakan dengan video tular yang memaparkan detik cemas mereka menyelamatkan diri ketika air mula memasuki rumah.
Menerusi video tersebut, kelihatan air sudah mencecah paras pinggang, sekali gus menyukarkan pergerakan penduduk.



Dalam situasi genting itu, penduduk terpaksa bergantung kepada bot keselamatan bagi menyelamatkan diri dan keluar dari kediaman yang ditenggelami air.
Terdahulu, pada 1 April lalu, insiden kebakaran saluran gas milik Petronas yang berlaku sekitar jam 8.10 pagi mengejutkan seluruh penduduk.
Api menjulang setinggi lebih 30 meter, manakala suhu dilaporkan mencecah sehingga 1,000 darjah Celsius.
Operasi memadamkan kebakaran mengambil masa hampir lapan jam sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
