Kenal sebulan, wanita dedah bahagia bercinta selepas nikah lelaki Egypt

Kenal sebulan, wanita dedah bahagia bercinta selepas nikah lelaki Egypt
Kenal sebulan, wanita dedah bahagia bercinta selepas nikah lelaki Egypt
A
A
A

WALAUPUN hanya kenal sebulan, jika sudah tertulis jodoh, pasangan berkahwin tetap bahagia bercinta selepas nikah dengan lelaki Egypt.

Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan ALLAH. Setiap orang mempunyai perjalanan cerita yang berbeza dalam soal jodoh.

Kadang-kadang jodoh datang tanpa disedari, begitulah indahnya aturan Yang Maha Esa.

Sekuat mana pun kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar jika tiada jodoh kita dengan seseorang itu, maka tiadalah.

Cinta bermula dari hati ke hati, walaupun di hujung benua, jika dia jodoh kita, dialah pilihan untuk kita.

Seperti yang dikongsi seorang wanita ini apabila bertemu kekasih hati dengan jejaka berasal dari Egypt.

Menerusi muat naik sebuah video di TikTok miliknya @ZazaHamo, dia mengenali lelaki itu secara atas talian selama sebulan dan kemudiannya terus menikah.

Pasangan itu sepakat memilih untuk bercinta selepas kahwin yang mana kini perkahwinan mereka sudah menginjak ke usia tiga tahun.

"November 2019 berkenalan di Facebook. Disember 2019 bernikah. Alhamdulillah untuk segalanya," coretnya.

Pun begitu, ada kalangan warga maya yang kurang senang dengan pilihan hati wanita itu dan mendakwa lelaki dari negara Arab suka 'buat perangai'.

Namun, tidak melatah dengan dakwaan tersebut, Zaza menyatakan perbuatan yang boleh menyebabkan konflik rumah tangga tercetus berpunca daripada perangai individu.

Baca juga Pengantin terlafaz mas kahwin RM500 juta, bakal isteri pun geli hati

kalam perkahwinan penceraian

Selain itu, Zaza turut mendedahkan adik beradik lain juga ada yang berkahwin dengan orang 'luar'.

"Keluarga saya 10 beradik. Tiga kahwin dengan orang luar. Yang UK dah 25 tahun. Yang Pakistan tujuh tahun dah... Alhamdulillah for everything.

"Yang buat hal itu bukan berdasarkan bangsa apa. Itu atas diri individu. Kat mana-mana pun ada orang baik dan tidak baik. Kita doa yang baik-baik dari ALLAH.

"Jangan fikir negatif. Kalau nak kata dekat Malaysia tak ada yang buat hal, saya rasa banyak masalah rumah tangga. Jadi, kita enjoy our life dengan yang tersayang," ujarnya.

Menjengah ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat wanita tersebut dan mendoakan yang terbaik buat pasangan bahagia itu.

"Berapa ramai Arab yang dia kenal, dia cakap ramai Arab buat hal. Bab jodoh tak perlu pertikai. Akak kahwin Melayu pun, berpisah juga. Percaya Qada Qadar."

"Selalu was-was bila orang luar nak kenal-kenal... tapi tengok orang lain ok je hehe! tahniah sis!"

Baca juga Mata biru unik, 6 beranak di Baling jadi tumpuan, ini cerita benar

"Mesti anak-anak you guys comel cantik. Saya doakan yang baik-baik untuk kalian. Sis pun baik je jawab kecaman netizen. Senyum je selalu."

"Alhamdulillah sis... sis bertuah dapat suami yang baik. Semoga bahagia berkekalan."

"Saya dulu pun nak kahwin orang Arab, tapi dia terlalu kacak untuk saya. Tak jadi kahwin."

Apa yang penting dalam satu hubungan itu adalah kesetiaan dan kejujuran. Tidak kira tempoh bercinta sebulan atau 10 tahun, kerana ada bahagianya walaupun bercinta selepas nikah.

@zazahamo Reply to @syarifafathona Bukan sebab Bangsa apa.. its about Individu itself. Kat mana2 pn ada orang baik & tak baik.#muslimcouple#interracialcouple♬ original sound - ZazaHamo

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca