'Tak sabar nak bawa keluarga naik...' Rezeki terpijak, pelajar SPM menang kereta Axia bernilai RM40,000

No Image Caption
A
A
A

WAH! Ini namanya 'rezeki terpijak'. Nur Iman Athirah Roseman, seorang pelajar tingkatan lima menjadi peserta paling bertuah apabila berjaya memenangi sebuah kereta Axia bernilai RM40,000 menerusi Peraduan PTTI Better Results

Dalam 8,000 penyertaan anjuran pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu PTTI, pelajar tingkatan lima itu muncul sebagai pemenang.

Peraduan tersebut katanya bermula sejak Jun sehingga September itu akhirnya menjadi milik si gadis berusia 17 tahun tersebut.

No Image Caption

Waktu ditemu bual baru-baru ini, Nur iman mengakui, hadiah yang ditawarkan bukan saja sebagai ganjaran peraduan tetapi membuka peluang pelajar menimba ilmu bersama PTTI menerusi seminar yang dijalankan.

"Sejak mengikuti kelas di pusat berkenaan tahun lalu, saya dapat mengubah keputusan tiga mata pelajaran yang gagal menjadi lebih baik.

"Bagi saya, banyak manfaat yang saya peroleh. Kita bukan saja dapat ilmu, tapi mudah faham dan skor subjek. Pada masa sama dapat peluang menang hadiah," katanya.

Untunglah, muda muda lagi sudah ada kereta sendiri. Tuan punya badan pun tak sangka akan menang hadiah utama. Lepas ini nampaknya kenalah dapatkan lesen terlebih dahulu baru boleh pandu kereta nanti.

"Alhamdulillah, ini pertama kali saya mendapat hadiah yang begitu berharga. Sangat gembira dan teruja dapat menang kereta. Siapa nak bagi kan? Terima kasih PTTI kerana memberi peluang pada semua pelajar.

"Memandangkan sekarang belum ada lesen penuh, jadi saya tak boleh lagi nak memandu. Cuma, kereta ini bakal dimanfaatkan sebaiknya. Dalam masa sama, tak sabar juga nak bawa keluarga dan kawan-kawan naik kereta ini," katanya.

No Image Caption



Percuma

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, objektif peraduan adalah untuk berkongsi dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang terutama pelajar.

"Peraduan ini terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar dengan PTTI dan mengajak kawan mereka belajar di dalam seminar yang dianjurkan pusat ini secara percuma.

"Dalam erti kata lain, peraduan ini bukan saja untuk berkongsi tapi juga memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Apabila pelajar berkongsi keputusan mereka, ia sekali gus memberi galakan untuk rakan lain belajar seterusnya dapat menyertai peraduan ini.

"Pemenang peraduan ini diumumkan pada program jelajah seminar peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam baru-baru ini," katanya.

No Image Caption

Menurutnya, siri jelajah itu dihadiri lebih 1,000 peserta yang juga pelajar SPM di seluruh negara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang