Tak seronok pergi kerja, rasa terpaksa! Prof Muhaya pesan ubah niat "anggap ladang pahala"
Habis je cuti hujung minggu, nak mulakan kerja mesti rasa lemau dan tak semangat. Mula la rasa cuti tak puas dua hari je!
Bila dari awal rasa 'terpaksa' nak pergi kerja, mula lah seharian mood 'ke laut' ada sahaja benda tak kena!
Pakar mata dan motivator terkenal, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad baru-baru ini ada memuat naik perkongsian pandangan beliau tentang cara untuk mengenal pasti pekerjaan yang terbaik buat seseorang.
Menerusi perkongsian tersebut, Prof Muhaya mengatakan pekerjaan yang terbaik adalah apabila seseorang tidak berasa terpaksa untuk bekerja.
"Macam mana nak tahu pekerjaan itu terbaik untuk kita? Senang saja, awak rasa lancar dan mudah. Kalau tak dapat gaji pun awak pergi (kerja). Awak bangun pagi tak sabar nak pergi kerja.
"Tetapi kalau anda semua rasa 'kena' kerja, awak penatlah sebab fikir nak bayar bil, bayar hutang lepas itu awak bekerja untuk lari daripada ketakutan. Bukan bekerja untuk menuju ketenangan," katanya di aplikasi TikTok.
Dalam pada itu, beliau turut berpesan supaya memasang niat sebelum pergi bekerja agar dapat memberi manfaat kepada orang lain.
"Kalau kita kerja menuju ketenangan, okey kerja aku ni ladang pahala aku. Bila aku bekerja aku memberi kebaikan pada Ummah.
"Bila aku kerja, contohnya kita seorang jururawat. Aku kerja ni, aku tolong orang dia sihat boleh beribadah.
"Kau doktor mata, dia kerja buat mata orang baca Quran. Kalau awak seorang cleaner, saya bersihkan tandas ni Insya-ALLAH orang selesa," tambah beliau.
Bagi yang kerjayanya suri rumah sepenuh masa, bagi Prof Muhaya menjadi suri rumah tangga juga merupakan sesuatu pekerjaan yang mulia.
"Kalau saya seorang suri rumah tangga, saya didik anak empat orang ni, bila dia belajar ilmu saya dapat pahala. Jadi, anda semua tahu makna dan tujuan," ujarnya.
Hidup jadi lebih bermakna bila setiap yang kita lakukan bukan semata mahu mendapat ganjaran dihujungnya, iaitu gaji. Tetapi ada sesuatu yang lebih bernilai dari itu. Manfaat yang orang dapat dari hasil kerja kita. Jadi, berseronoklah dengan kerja anda ya!
@profmuhaya pekerjaan yang baik adalah pekerjaan yang membawa manfaat kepada diri sendiri, keluarga, dan masyarakat, serta tidak bertentangan dengan ajaran agama dan kerja adalah ladang pahala kita dan niat bekerja adalah untuk menuju ketenangan. #PMC#profmuhaya#positivevibes#tenang#stress#trending#fyp#viral original sound - Prof Muhaya Official
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang