Tergamaknya! Remaja tidur kaki lima rumah 4 hari & buang air besar di tangga, suami isteri ini disiasat abai anak

No Image Caption
A
A
A

SETIAP anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Namun dalam kes di Pasir Gudang, Johor ini apabila pasangan suami isteri yang sanggup membiarkan anak mereka berusia 13 tahun tidur di kaki lima rumah.

Remaja lelaki itu dipercayai terpaksa tidur di koridor hadapan rumahnya dipercayai kerana dihalau.

Menerusi perkongsian di grup komuniti, jiran memaklumkan remaja lelaki itu sudah beberapa hari tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah.

Dalam aduan itu, jiran yang enggan dikenali meminta pendapat orang ramai kerana terlalu simpati melihat remaja itu tersebut hinggakan terpaksa membuang air besar pada bahagian tangga pangsapuri kerana tidak dapat memasuki rumah.

Lebih menyedihkan, insiden berkenaan bukan kali pertama!

"Salam Warga Taman Air Biru. Macam mana ya nak selesaikan masalah remaja Tingkatan Satu ini diabaikan ibu bapa dia.

"Tak dibenarkan masuk ke dalam rumah dah hampir tiga, empat hari tak balik. Ini bukan kali pertama dihalau, malah sudah selalu sangat. Sampaikan remaja ini buang air besar pun di tangga sebab tak boleh masuk rumah.

No Image Caption

Tidak hanya dibenarkan masuk ke rumah, remaja itu juga tidak diberi makan dan minum. Bagaimanapun, beliau difahamkan masih meneruskan persekolahan.

"Budak ini baik. Walaupun kena halau rumah tetap pergi sekolah. Pada saya, ini dah jadi kes pengabaian kanak-kanak dan ibu bapa boleh dipenjara. Harap ada yg sudi bantu. Sampai post ini dihantar pun budak ni masih di luar dan tak dibenarkan masuk.

"Dia makan pun jiran-jiran yang kasi atas belas ehsan tetapi ibu bapa dia tidak ambil tahu," katanya.

Baca juga: Tubuh kurus berbirat, Wardan buat netizen menangis. Diberi nasi lauk garam, cili & lada hitam, lari ke rumah cikgu tak tahan didera

Baca juga: Tergamaknya ayah! Berat 55kg turun 29kg dalam 6 bulan, budak 8 tahun sanggup mati daripada didera

Baca juga: Padah dera anak hingga berlubang belakang, ibu tunggal, tomboy dipenjara 14 tahun. Hakim sebak, patutnya ikatan ibu-anak istimewa...

Hasil daripada perkongsian pengendali akaun tersebut, pihak polis terus mengambil tindakan dan melakukan siasatan lanjut.

Daripada kenyataan Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak, pihaknya telah menahan sepasang suami isteri warga tempatan berusia 56 dan 54 tahun pada jam 11.30 malam.

"Hasil siasatan awal mendapati remaja berkenaan telah diabaikan oleh ibu bapanya dengan dibiarkan tidur di kaki lima perumahan itu selama empat hari sejak Ahad lepas sehingga semalam.

No Image Caption

"Melalui semakan mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing kedua-dua suspek adalah negatif dadah," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pasangan suami isteri berkenaan ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak kepada kecederaan fizikal atau emosi.

"Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya.

SETAHUN BERLARUTAN, SERAH BAJU SEKOLAH IKUT TINGKAP

Portal berita tempatan melaporkan remaja berkenaan tidak dibenarkan memasuki kediaman keluarga oleh kedua ibu bapanya dipercayai telah berdepan situasi itu sejak lebih setahun lalu.

Seorang jiran mendakwa pakaian sekolah dihulurkan melalui tingkap dan remaja itu perlu bersiap sendiri ke sekolah. Lebih memilukan, pelajar Tingkatan Satu itu juga sering dilihat mandi di tandas awam medan selera berhampiran.

Apa pun punca, sama-sama kita doakan penganiayaan terhadap remaja ini mendapat pembelaan sewajarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang