Tip elak dibuli, ajar anak yakin diri & buang rasa malu. Barulah tak jadi mangsa pukul, ejekan rakan

No Image Caption
A
A
A

SEMINGGU dua ni kerap dengar isu buli. Lebih merisaukan bila golongan yang sering menjadi mangsa ialah anak-anak yang pemalu dan kurang keyakinan diri.

Ini mudah menarik perhatian pembuli, seolah-olah ada sifat yang buat mereka lebih “vulnerable.”

Mak ayah yang ada anak-anak sedemikian, masih belum terlambat untuk mengubah diri mereka.

Wanita ini berkongsi tip yang diamalkan pada anaknya yang pemalu.

"Saya pernah rasa risau dengan anak saya yang kedua ni. Sebab masa kecil dia pemalu. Dah besar sikit, selalu rasa rendah diri.

"Dia selalu diejek sebab rambutnya yang kerinting. Diejek sebab membaca lambat. Direndahkan sebab tak terer sangat bersukan. Dan cakap pun agak lambat-lambat.

"Saya tak nak dia struggle dengan keyakinan diri macam saya masa kecik. Jadi saya dan suami bekerja keras jugak untuk buat dia kekal yakin," kata Wawa Shauqi.

No Image Caption

Pendekatan yang dilakukan adalah seperti berikut:

1) Validate ( akui hak anak)

Anak ada hak untuk rasa malu. Jangan sesekali perlekeh atau ketepikan perasaan dia.

Saya cakap pada anak, “Mama faham Aqlan malu Sebab mama dulu pun pemalu. Tapi mama fikir balik, buat apa nak malu nak bercakap. Bukan orang tau pun kita malu. Baik berlakon confident.”

2) Puji.

Ini antara ubat mujarab untuk anak pemalu Bukan sembarangan puji untuk bagi anak perasan. Tapi puji sikap baik dan effort anak tu.

Insya Allah perlahan-lahan, bila selalu dapat pujian dan galakkan, confident anak akan memulih dan berkembang.

3) Pesan pada anak, bila bercakap dengan orang, pandang mata. Kalau rasa kekok, pandang batang hidung orang tu.

Bercakap kena yakin dan jelas.

4) Pesan pada anak, kalau nampak kawan sebaya tengah main, angkat tangan dan bagi salam. Minta izin untuk cuba join main sekali.

5) Pesan pada anak, kalau teringin nak main, tapi takut orang tu kedekut, mintak dia ajar. Orang suka bila kita buat dia rasa pandai.

"Weh, pandai la ko main ni. Ajar aku boleh?"

Walaupun niat nya nak bodek main sekali je.

6) Pesan pada anak, Cari benda untuk puji kawan.

Kalau dia menang, cakap tahniah.

Kalau kawan kalah, bagis semangat,

"Tak apa. Ko cuba lagi weh."

7) Pesan pada anak, bila orang taknak kawan, tak apa. Saya cakap,

"Rugi orang taknak kawan dengan budak baik macam Aqlan. Insya Allah mama doa, Aqlan akan jumpa kawan yang hargai diri Aqlan."_

8 )Pesan pada anak, bila orang ejek, stay confident.

"Aah. Rambut saya macam megi. Saya suka je."

"Saya ok je. Hidung besar, lagi senang bernafas."

Sekarang ni alhamdulillah dia makin ok. Sampai ke tahap, dia senyum je orang cakap dia miskin, sebab pakai baju koyak.

Orang cakap dia busuk, dia buat-buat cium ketiak, angkat ketiak sambil kejar orang yang mengata dia.

That confident. Mama pun tak ada.



No Image Caption

9) Jangan takut cakap "Tak nak" bila orang paksa anak buat benda yang dia tak suka. Atau berterus terang "Tak selesa" bila dibuli.

Pernah sekali masa tadika, cikgu suruh buat kerja, tak lama lepas tu, dia bagitau cikgu,

"Cikgu, tangan saya dah lenguh. Saya taknak buat dah."

Saya geleng kepala. Tapi jauh di sudut hati, saya bangga dia tak kekok untuk cakap apa yang dia nak dan perlu.

10) Kalau kawan buli, stand up for yourself.

Cakap terus terang, "Aku tak suka ko buat macam ni.Main elok-elok"

Kalau rasa tak boleh handle sangat, cakap kat kawan, "Mak aku nak jumpa ko. Sebab ko selalu buli aku."

Syukur sangat. End up, semua pembuli dia berjaya jinakkan. Dah boleh berkawan baik dengan anak saya ni.

Anak-anak yang pemalu ni, dia perlu push sikit je dari kita. Bagi mereka peluang, guide sebaiknya, insya Allah mereka membesar jadi lebih berkeyakinan.

Jadi, biar kita mak ayah susah sekarang mengajar anak menjadi seorang yang berani dari kita sendiri susah hati di kemudian hari. Kan?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang