Tragedi meruntun jiwa! Mayat nenek di tepi jalan, cucu 2 bulan reput masih dalam buaian bikin sebak
MENINGGALKAN anak sendiri dalam jagaan orang lain bukanlah satu tindakan yang mudah. Demi sesuap nasi dan mencari nafkah untuk keluarga, suami isteri kadang-kadang perlu hidup berjauhan.
Tragedi yang berlaku di Sarawak dua minggu lalu amat menyayat hati. Kejadian mengejutkan di Jalan Salim Belalang, Sibu masih terngiang-ngiang dalam ingatan penduduk kampung yang menemui mayat seorang nenek dan cucunya yang telah mereput di sebuah rumah.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, mayat wanita berusia 46 tahun itu ditemui di tepi jalan berturap kira-kira 50 meter dari rumah tersebut. Manakala mayat bayi lelaki berusia dua bulan ditemukan dalam buaian di kediaman berkenaan.
Penemuan kedua-dua mayat pada jam 8.56 malam itu menggemparkan penduduk kampung. Mereka dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu. Pemeriksaan awal pihak polis mendapati tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian.
Melalui perkongsian seorang pemilik akaun Long Soon di Facebook, kelihatan keluarga mendiang Nancy Anak Amun dan cucunya, Nathaniel Xavier Ngumbang Anak, yang dikatakan lahir pada 7 Mac lalu, tidak putus-putus hadir ke lokasi kejadian untuk berkabung dan memberikan penghormatan terakhir.
Susulan kes ini, polis mengingatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
