Tragedi tanah jerlus Masjid India: Anak kembali ingati pemergian ibu selepas genap setahun

No Image Caption
A
A
A

PEJAM celik, sudah lebih setahun tragedi tanah jerlus di Jalan Masjid India yang meragut nyawa seorang pelancong dari India, Vijayalakshmi.

Anak mendiang, M Surya, 26,  dilihat kembali ke lokasi kejadian yang meragut nyawa ibunya sebagai tanda memperingati mendiang.

Memetik Awani, dua video yang tular di media sosial menyaksikan pemuda itu melakukan ritual Hindu, thavasam yang dijalankan selepas setahun mengikut tarikh dan bintang dalam kalendar Tamil semasa pemergian wanita itu.

Thavasam merupakan amalan wajib bagi memastikan roh si mati mendapat perjalanan yang aman ke alam seterusnya.

Artikel berkaitan:

Di atas laluan pejalan kaki, dia meletakkan bingkai gambar ibunya, dihias dengan kalungan bunga, serta menyajikan buah-buahan, kuih-muih dan makanan di atas daun pisang.

No Image Caption

Bagi melengkapkan upacara itu, pemuda itu turut dilihat mengedarkan makanan dan minuman kepada orang ramai sebagai anathanam (sedekah).

Memberi makanan (selalunya vegetarian) kepada orang ramai dipercayai membawa keberkatan kepada roh si mati.

Imbas kembali 23 Ogos tahun lalu, wanita berusia 48 itu yang berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India, terjatuh sedalam lapan meter ke dalam tanah jerlus di laluan pejalan kaki di Jalan Masjid India.

Difahamkan, ketika kejadian Surya sedang berada di Thailand dan bergegas tiba ke Malaysia selepas mendapat berita mengenai ibunya itu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan setiap hari oleh pasukan penyelamat namun tidak menemui sebarang petunjuk.

Pada 31 Ogos iaitu kira-kira selepas lebih seminggu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa memaklumkan operasi SAR wanita warga India itu dihentikan. - Awani

Sumber: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang