Ustaz Mad kecil sempat video call ibu 30 minit sebelum ditahan- 'Kalau meninggal, jumpa di Padang Mahsyar'

Foto: Bernama, Instagram @ustazmadkecik
Foto: Bernama, Instagram @ustazmadkecik
A
A
A

AKTIVIS Sumud Flotilla Nusantara, Ustaz Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecil sempat memberikan pesanan buat ibu tersayang,  Noor Aini Mamat semasa dipanggil menyertai misi.

Memetik laporan Bernama, pendakwah berusia 32 tahun itu empat membuat panggilan video kira-kira 3.30 petang Khamis kira-kira 30 minit sebelum ditahan tentera Isr4el.

'Ma kalau jadi apa-apa misalnya kena tangkap, Ma janganlah 'debor' (susah hati)," demikian isi perbualan Noor Aini dengan anak keempatnya.

Foto: Bernama
Foto: Bernama

Mengimbas kembali Ogos lalu, Noor Aini berkata, Ustaz Mad Kecil telah meninggal pesan untuk reda menerima sebarang kemungkinan dihadapi.

"Semasa dipanggil untuk menyertai misi ini pun dia beritahu makcik sekiranya ditakdirkan dia meninggal dunia, makcik perlu reda dan kami akan bertemu semula di Padang Mahsyar nanti," katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang Sultan Mahmud hari ini.

Ustaz Mad ketika menyertai misi Ramadan ke Syria pada tahun 2022. (Foto: Instagram @ustazmadkecik)
Ustaz Mad ketika menyertai misi Ramadan ke Syria pada tahun 2022. (Foto: Instagram @ustazmadkecik)

Difahamkan, Noor Aini bersama tiga ahli keluarga bertolak ke Kuala Lumpur pagi tadi bagi mengikuti situasi semasa mengenai Ustaz Mad Kecil yang sebelum ini belayar bersama kapal Fair Lady dan peserta misi GSF yang lain. 

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, katanya, dia juga pernah menyuarakan keinginan untuk ikut serta dalam misi kemanusiaan GSF namun tidak dibenarkan oleh Ustaz Mad Kecil kerana bimbang mereka tidak dapat belayar dalam kapal yang sama.

Berjiwa besar, pendakwah ini pernah ke Syria, Kemboja dan Sabah bagi menyantuni mereka yang memerlukan. (Foto: Instagram @ustazmadkecik)
Berjiwa besar, pendakwah ini pernah ke Syria, Kemboja dan Sabah bagi menyantuni mereka yang memerlukan. (Foto: Instagram @ustazmadkecik)

"Makcik beritahu dia, kalau boleh nak ikut juga sebab ingin membantu saudara di Gaza tetapi Muhammad tidak benarkan kerana bimbang kami akan terpisah kapal," katanya. 

Noor Aini yang hilang selera makan sejak mengetahui Ustaz Mad Kecil ditahan berharap tentera rejim Zionis tidak mengapa-apakan anaknya dan segera pulang ke Terengganu dengan selamat bagi kembali menguruskan madrasah yang diusahakannya di Kampung Dura di Hulu Terengganu.

Foto: Instagram @ustazmadkecik
Foto: Instagram @ustazmadkecik

Katanya Ustaz Mad Kecil insan berhati besar dan pernah menjelajah ke Syria, Kemboja dan Sabah, menyantuni mereka yang memerlukan.

"Dia memang gemar bantu orang susah tidak kira di Malaysia atau luar negara. Dia akan bawa pelbagai makanan dan keperluan yang dibelinya di sini (Terengganu). 

"Cumanya dia beritahu misi kali ini (GSF) lain daripada sebelum ini tetapi dia tetap bersemangat untuk pergi," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan anak keempat daripada enam beradik berkenaan ada meluahkan impiannya untuk berjuang membantu rakyat Gaza dan tidak menolak kemungkinan syahid di bumi bergolak itu.

Sekadar info, misi GSF yang disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara, termasuk Malaysia belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel dengan membawa bekalan penting untuk penduduk Palestin yang terjejas akibat serangan berterusan rejim Zionis.

Kementerian Luar mengesahkan bahawa kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai GSF telah ditahan Israel dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

Sumber: BERNAMA

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang