Wanita menyamar tetamu kenduri, pura-pura tumpang tandas. Kebas beg tangan tuan rumah, RM2,500 melayang
RAMBUT sama hitam, hati masing-masing lain. Siapa sangka wanita berpangkat 'mak cik' sanggup dipercayai menyamar sebagai tetamu sebuah majlis kesyukuran dan melarikan wang tunai sebanyak RM2,500 baru-baru ini.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 2 minit 14 saat yang tular, wanita berkenaan berpakaian seperti tetamu lain dipercayai memasuki rumah dengan alasan ingin menggunakan tandas.
Video berkenaan memaparkan wanita berkenaan dalam keadaan mencurigakan memasuki ruang rumah mangsa yang ketika itu lengang.
Memakai baju kurung dan tudung berona coklat gelap, dia dilihat mundar-mandir dan kemudiannya terus mengambil sebuah tas tangan mangsa yang terletak di atas sebuah rak pada jam 12.42 tengah hari.
Beberapa minit kemudian, wanita berkenaan dilihat beredar dalam keadaan tergesa-gesa.
Menurut pengguna Facebook Ameer Hakimi, kejadian itu berlaku di Kampung Tasek Berangan dekat Pasir Mas, Kelantan ketika mereka sedang meraikan majlis perkahwinan kakak ipar pada Sabtu lepas.
Artikel berkaitan:
- Aduhai! Apa nak jadi, meja letak barang ‘food bank’ pun kena kebas
- Kronologi rumah dipecah masuk, usahawan Kieda Crepe rugi hampir RM1 juta, peti besi 200kg hilang
- Kronologi RM109,000 Bantuan Awal Persekolahan lesap, guru besar patut diiring
- Suspek kes curi pokok hiasan RM50,000 diberkas, wanita harap pencuri dihukum setimpal sebagai pengajaran
Aktiviti majlis perkahwinan tetamu tidak diundang mengambil harta bukan miliknya. Menyamar sebagai tetamu, tumpang tandas dan melarikan wang ringgit sebanyak RM 2,500," tulisnya pada video.
Kata Ameer, pihak keluarga hanya menyedari kehilangan wang tersebut beberapa jam selepas majlis tersebut berlangsung sekali gus menyebabkan suasana ceria bertukar suram.
Beliau yang mewakili ahli keluarganya yang lain turut meminta agar 'mak cik' itu mengembalikan wang tersebut dengan meletakkannya semula di bawah pintu rumah atau menggunakan apa-apa cara yang sesuai.
Dalam masa yang sama, Ameer juga turut meminta orang ramai agar berwaspada ketika mengadakan majlis bagi mengelakkan kejadian buruk itu daripada berulang.
"Sama-sama beringat dan boleh kongsi. Tolong letak semula (barang yang diambil) di bawah pintu tuan rumah atau apa-apa cara untuk kembalikan harta tersebut," katanya.
Sehingga artikel ini ditulis, identiti wanita berkenaan masih belum dapat dikenal pasti. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, berkata setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung video yang tular itu.
Sumber: Facebook
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang