SUATU ketika dahulu, sentuhan mekap daripada MUA Bellaz diperlekeh segelintir pihak. Namun empunya diri tidak cepat melenting.

Benarlah rezeki ALLAH itu luas, jika berusaha keras pasti akan menemui hasilnya. Demikian juga dengan anak jati Kedah itu.

Jika dahulu rumah berdindingkan papan menjadi tempat mereka sekeluarga berteduh. Berkat usaha gigih, beliau berjaya membina banglo mewah yang tersergam indah. Tidak hairanlah andai dirinya dijadikan sumber inspirasi buat wanita di luar sana.

Baca ni ‘Ilmu apa Wara guna.’ Gelagat berani anak Mua Bellaz selamba usik, main dengan angsa buat ramai terhibur!

Bellaz

Mesra disapa Bellaz, pemilik nama sebenar, Nur Nabilah Zulyadaini awalnya berjinak-jinak dengan pembuatan kek sebelum beralih kepada bidang solekan. Sedikit demi sedikit dirinya menapak dalam kerjaya sebagai jurusolek.

Kepetahan dalam berkomunikasi menerusi media sosial ketika mengadakan tutorial meraih perhatian. Lebih-lebih lagi dengan loghat utaranya.

Malah, personaliti media sosial itu berjaya mengumpul sejumlah besar penonton setiap kali bersiaran secara langsung.

Bukan sekadar itu, kelahiran anak-anak ibarat pembuka rezeki buat dirinya dan suami tersayang, Anuar Muhammad. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Nur Airis Alisha, Aidil Mikhail, Muhammad Aisy EanYusuf dan Nur Aisywara Nealofa atau mesra disapa Wara.

Penangan Wara benar-benar memukau ramai pihak sehinggakan si kecil itu digelar ‘anak online’ oleh warga maya.

Baca lagi ‘Orang nampak cantik je.’ Dedah anak meragam & sepah rumah waktu live tutorial mekap, MUA Bellaz dipuji suri rumah vouge!

bellaz

Manakan tidaknya, gelagat bersahaja anak bongsu kesayangan pasangan itu sering menjadi perhatian. Telatahnya yang bijak mendengar arahan sang ibu walaupun baru menginjak usia setahun enam bulan membuatkan ramai jatuh kagum dengannya.

Ditambah pula dengan kecomelan permata hati pempengaruh terkenal tersebut yang membuatkan tak jemu mata memandang.

Justeru, SinarPlus memilih Bellaz dengan si comel kesayangan ramai itu, sebagai penghias muka depan kali ini.

Berpegang kepada prinsip mahu menjadi seperti pokok padi, semakin tunduk semakin berisi, wanita anggun itu tidak mahu menjadi orang yang lupa asal-usul dan daripada mana dirinya bermula.

“Untuk sampai ke tahap ini, bukan satu perkara yang cukup mudah. Panjang proses yang perlu dilalui, belum termasuk dengan pelbagai ujian dan dugaan.

“Namun, saya berjaya mengharungi semuanya berkat dorongan keluarga terutama sekali suami, yang merupakan tulang belakang kejayaan saya selama ini,” ungkapnya memulakan perbualan bersama penulis.

Baca juga ‘Suami tunggu dalam kereta jaga anak.’ MUA Bellaz kenang kembali kesusahan masa mula berkahwin

bellaz

Menyentuh mengenai aura luar biasa yang dimiliki anak bongsunya, Bellaz melahirkan rasa syukur dan terharu dengan penerimaan ramai.

“Sebagai ibu bohonglah andai kata tak bangga anak menjadi perhatian ramai, namun pada masa sama saya tetap berjaga-jaga dan berpada-pada dalam berkongsi, bimbang akan keselamatan mereka terutama Wara.

“Tidak timbul soal mahu mengeksploitasi anak demi kepentingan sendiri. Setiap apa yang saya lakukan adalah atas persetujuan bersama suami.

“Kena tahu batas dan jangan kongsikan yang terlalu seksi. Sebaliknya saya memilih cara yang santai dan sentiasa berjaga-jaga dalam apa jua dilakukan,”jelas Bellaz.

Malah katanya lagi, tidak salah berkongsi dengan orang ramai terutama pengikutnya yang segelintir masih menantikan kehadiran zuriat.

Baca lagi Khairul Aming, MUA Bellaz sumbang puluhan ribu, hasil jualan produk pada tabung Palestin

bellaz

“Saya terharu kerana ramai peminatnya ada yang belum miliki anak, jadi dengan melihat kaletah Wara, dapat mengurangkan rasa rindu mereka.

“Saya juga sangat menghargai pengikut yang sejak dahulu tidak putus-putus memberikan sokongan. Sebab itu, apa jua komen baik positif mahupun negatif saya terima dengan hati terbuka dan perbaiki diri,” ulasnya.

Momen anak kampung

Pada masa sama, beliau melahirkan rasa syukur kerana platform media sosial banyak membantu menaikkan namanya selama ini.

“Memandangkan sekarang semuanya di hujung jari, justeru kenapa kita tak gunakan sebaik mungkin, lebih-lebih lagi untuk orang bisnes seperti saya,” ujarnya yang ingin kongsikan kehidupan sebagai ibu dan usahawan untuk tatapan pengikutnya.

Ditanya bagaimana mendidik anak perempuannya itu sehingga mudah mengikut arahan selain nampak bersahaja dan berani terutama dengan haiwan seperti angsa, ini jawapan beliau.

“Sejak kecil, saya sudah ajar dia (Wara) dengan selalu bercakap depan kamera. Selain itu, saya juga dedahkannya pada orang ramai supaya tidak takut berada di khalayak.

Pada masa sama, saya larang apa yang boleh dan tak boleh. Mungkin pendekatan sebegitu buat Wara mudah mengikut.

Baca lagi ‘Berkain batik, berbaju Kedah tetap ‘maintain’ cantik.’ Perkongsian MUA Bellaz temani suami turun ke sawah raih pujian ramai

bellaz

“Tiada sebarang petua atau rahsia mendidiknya, cuma saya memang sangat tegas bab makan. Kalau orang lain anak-anak tak nak makan akan biarkan, tetapi saya akan pujuk sampai dia mahu walau apa cara sekalipun.

“Demikian juga bab main hujan, pegang haiwan dan sebagainya. Saya anak kampung jadi mahu anak-anak turut merasai momen indah seperti main pasir, naik basikal dan sebagainya selagi tidak memudaratkan diri anak-anak saya,”ungkapnya lagi.

Sebagai ibu katanya, bukan soal mengejar kebendaan semata-mata, sebaliknya Bellaz dan suami tetap mahukan anak-anak berjaya dalam pelajaran terlebih dahulu.

“Saya dan suami sepakat mahukan anak-anak memberikan keutamaan kepada pelajaran. Soal glamor atau peluang membuat duit seperti sekarang jatuh tempat kedua. Kalau ditanya soal garang, pasti sayalah orangnya.

“Sepertimana saya di media sosial yang kuat berleter, demikian juga di rumah. Abahnya nampak lembut tetapi tegas orangnya. Sebab itu anak-anak kalau mahukan apa-apa akan mencari saya,”ujar pengasaa Bellaz Beauty itu lagi.

Iklan

Baca juga ‘Kelakar, mudah terhibur. Sebiji perangai mommy.’ Gelagat comel Rina ketawa sampai mata tertutup bikin ramai terhibur. Lucu!

bellaz

Pada masa sama, Bellaz turut ditebak persoalan pilih kasih antara anak-anak memandangkan sorotan lensa kamera lebih tertumpu kepada Wara berbanding kakak dan abangnya.

“Tiada istilah iri hati atau pilih kasih antara anak-anak kerana layanan kami suami isteri sama rata. Dulu mereka pun suka diambil gambar dan video, namun semakin besar masing-masing naik segan pula.

“Cuma sekarang, kakak dan abang Wara sangat sporting dan selalu bantu saya bila nak buat video. Mereka jadi tukang sorak atau bagi sokongan. Ada ketikanya mereka tanya saya ‘mama , adik Wara sekarang artis ke?,” kongsi Bellaz yang tidak menolak andai ada rezeki menimang cahaya mata lagi.

Buang rasa malu

Melihatkan beliau ke sana ke mari dan jadual yang sentiasa penuh dengan pelbagai aktiviti, tidakkah rasa penat mengharungi semua itu?

Ini jawapan yang diberikan tuan punya badan: “Siapa yang tak penat, tapi sebab seronok dan minat membuatkan segalanya menjadi lebih mudah. Sementelah itu jalan yang saya pilih, mahu tak mahu kena redah.

“Bayangkan setiap hari asyik bermain dengan barangan mekap sehinggakan kulit wajah pun kejap okay kejap tidak. Alhamdulillah, saya enjoy dengan apa yang dilakukan sekarang dan berharap segalanya berjalan lancar,” ungkap Bellaz.

Baca lagi Positif hamil di Makkah, MUA Bellaz kongsi wajah Nur Aisywara Nealofa

bellaz

Malah, beliau juga yang tidak menolak andai ada tawaran membabitkan anaknya menjadi model asalkan perlu mengikut cara dan rutin si kecil itu.

“Orang kata rezeki jangan ditolak cuma kenalah berpada-pada. Setakat ini memang banyak tawaran dan ada yang sudah diterima.

Iklan

Mungkin ada yang cakap Wara masih kecil sudah bekerja, tetapi sebagai ibu, saya pilih yang benar-benar sesuai dengannya,” tegasnya lagi.

Masa begitu cepat berlalu, sebelum mengakhiri perbualan, penulis sempat meminta Bellaz berkongsi pandangan mengenai sambutan Hari Wanita yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.

Melihatkan pencapaian wanita masa kini, boleh dikatakan sudah jauh menjangkaui kejayaan berbanding dahulu. Namun, bukan semua kejayaan itu datang bergolek, ia hadir dengan seribu satu cabaran.

“Saya sendiri pernah mengalami situasi yang mana nak dapat RM10 pun sukar, bayangkan waktu awal-awal buat live hanya dua tiga orang yang melihat, tetapi tiada istilah putus asa dan apabila jatuh saya bangun kembali untuk teruskan perjuangan.

“ALLAH MAHA ADIL kerana DIA akan bantu kerana nampak usaha yang kita lakukan. Elak perasaan iri hati, perasaan negatif atau putus asa. Niatkan dalam diri untuk mencari rezeki demi anak-anak dan keluarga. Jangan ada rasa malu jika mahu berjaya, dan paling penting keyakinan kena tinggi,” ulas beliau lagi.

baca lagi Pengantin ‘dianiaya’ mak andam, MUA Bellaz tampil taja solekan dan baju pengantin

bellaz

Diminta berkongsi pandangan mengenai segelintir wanita kini sanggup melukai kaum sejenisnya dengan menjadi penyondol, orang ketiga dan sebagainya, Bellaz menghela nafas seketika.

“Tidak dinafikan iman turun naik dan saya sendiri nak cakap pun tak kena. Kalau boleh elak, cubalah berbuat demikian. Kita pun wanita, pasti faham perasaan kaum kita sendiri. Jadi, nak buat sesuatu itu kena fikirkan perasaan orang lain.

“Kena ada budi bahasa dan beradab. Kalau boleh jangan menyakitkan hati orang lain. Saya sendiri minta simpang benda-benda begini. kita tak tahu ke hadapan ujian macam mana. Sekarang bahagia, akan datang kita tak tahu, kan! Sebab itu, jangan putus berdoa kepada-NYA,” ungkap beliau sebelum menutup perbualan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang