SETELAH empat tahun memeriahkan fesyen Raya tempatan dengan koleksi Syawal untuk para pelanggannya, jenama fesyen lokal terkemuka, Rizman Ruzaini mengumumkan bahawa Koleksi Raya RR 2024 adalah koleksi terakhir buat jenama itu di bawah label RR by Rizman Ruzaini.

Kenyataan itu dikongsi Pemilik Bersama dan Pengarah Urusan Rizman Ruzaini, Rizman Nordin dalam acara Meet & Greet dan majlis berbuka puasa yang diadakan di Rumah Raya Rizman Ruzaini baru-baru ini.

Menurut Rizman, keputusan itu dibuat memandangkan selepas ini jenama itu akan memfokuskan sepenuh komitmen kepada label Rizman Ruzaini yang akan meluaskan jenamanya ke pasaran antarabangsa.

Baca ni ‘Hadiah istimewa miliki baju raya paling stylish.’ Rizman Ruzaini hargai pelanggan, 26 selebriti jadi ‘Muse’ Koleksi Raya 2024

rizman ruzaini

Ini berikutan kejayaan mereka ketika menyertai Dubai Fashion Week tahun lalu. Daripada situ, nama Rizman Ruzaini mula menjadi sebutan dan rekaan mereka kian mendapat tempat di pasaran timur tengah.

Tidak berhenti di situ, Rizman Ruzaini juga turut tersenarai dalam jemputan untuk mengadakan pertunjukan di Paris Fashion Week dan beberapa selebriti antarabangsa dikhabarkan bakal menggayakan helaian Rizman Ruzaini.

Rizman atau nama sebenarnya Rizman Nordin berkata, inilah masanya untuk peminat mereka dan RR Royalties khususnya mendapatkan koleksi Raya RR 2024 ini.

Rizman

”Ia agak menyentuh hati untuk memberitahu perkara ini tapi inilah langkah terbaik jika kami mahu jenama Rizman Ruzaini terus meneroka pasaran yang lebih luas sambil membawa nama Malaysia di pentas dunia.

“Justeru, Kami menyeru kepada semua RR Royalties untuk cepat-cepat dapatkan koleksi raya ini, jadikan ia kenangan paling manis sebagai baju raya anda tahun ini,” ungkapnya.

Acara Meet & Greet berlangsung di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur. Turut hadir adalah muses koleksi Raya RR 2024, Rozita Che Wan dan Idris Khan selain persembahan istimewa oleh Liza Hanim dan kumpulan De Fam.

Baca lagi Naomi Campbell peraga busana inspirasi Legenda Tasik Chini ilham kreatif Rizman Ruzaini. Jenama Malaysia mendunia!

rizman ruzaini 1

Lebih menarik lagi, acara tersebut turut meraikan ejen-ejen daripada jenama makanan terkenal, Mamasab yang buat pertama kalinya menjadi ejen rasmi Koleksi Raya RR 2024.

Menurut Rizman, mereka amat menghargai kolaborasi yang diadakan bersama Mamasab ini kerana ia memberi kelainan buat jenama itu apabila dua jenama lokal berbeza industri bergabung sempena Syawal tahun ini.

Dalam majlis yang sama, pihak Rizman Ruzaini turut berinfak untuk 100 pek makanan yang diedarkan kepada semua tetamu yang datang ke Rumah Tangsi.

Ini adalah salah satu sumbangan kecil mereka dalam merai dan menghargai pelanggan mereka di samping mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang mulia.

Eksklusif sepanjang 30 hari Rumah Raya Rizman Ruzaini berlangsung, mereka menawarkan promosi istimewa kepada pemegang kad Malayan Banking Berhad (Maybank) yang membeli koleksi mereka di sana.

Baca juga Warna lebih bold & sensasi. RR Bucket Mini Bag daripada Rizman Ruzaini digilai ramai

Rizman Ruzaini 2

Untuk pemegang kad kredit Maybank yang berbelanja RM500 dan ke atas layak menerima diskaun sebanyak 20% manakala untuk pemegang kad debit Maybank dengan pembelian RM300 dan ke atas berpeluang menikmati diskaun sebanyak 10%.

Koleksi Raya RR 2024 ini telah dilancarkan sepenuhnya pada 1 Mac 2024 dan boleh juga dibeli melalui atas talian di www.rrbyrizmanruzaini.com.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

 

 

 

 

Iklan