Konsep suai padan serlah estetika minimalis, wanita ini DIY wainscoting, papan dan kayu hiasan. Simple tetapi elegan!

IMPIAN setiap orang untuk memiliki rumah sendiri, tidak kisah kecil atau besar, mewah atau sederhana asalkan selesa didiami bersama insan tersayang.

Pemilik kediaman, Nur Raihana Abd Rahim memilih konsep japandi, farmhouse moden dan scandinavian yang cukup minimalis namun sedap mata memandang dengan gabungan unsur semula jadi dan rona natural.

Uniknya pasangan suami isteri tersebut begitu kreatif dan berbakat dalam bab dekorasi.
Kemahiran tersebut diadaptasi pada ruang dinding kosong dengan meletakkan flutted wall.

Hasilnya, bukan sahaja nampak cantik dan kemas, malah cukup berbaloi terutama bagi mereka yang mahu mengekalkan minimalis namun tetap ada suntikan gaya eksklusif.

Baca ni Syafie Naswip kongsi video memasak dengan mak mertua raih pujian. ‘Seronok dapat menantu suka & pandai masak.’

“Kami tinggal di sini sejak tahun 2012 lagi, setakat ini tiada pengubahsuaian besar. Kalau diikutkan konsep sekarang lebih kepada suai padan.

“Cuma, kami suami isteri suka buat sendiri (DIY) baik untuk cermin wainscoting, papan dan kayu hiasan di dinding serta beberapa bingkai gambar lain.

“Pun begitu, konsep dalam kediaman ini sering bertukar beberapa kali. Cuma kali ini, saya lebih suka dengan konsep japandi dan muji, namun tetap ada sentuhan konsep farmhouse moden dan scandinavian,” dedah wanita berusia 39 tahun itu lagi.

Baca juga ‘Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

Ilham dekor 4

Bagi menaikkan mood konsep yang dipilihnya itu, Nur Raihana menukar beberapa hiasan dan perabot baru tukar seperti kerusi meja makan.

Jika konsep scandinavian cenderung kepada warna semula jadi seperti kayu sebagai fungsi utama dalam hiasan dalaman, japandi pula menggabungkan warna cerah atau earthtone dan pilihan perabot yang minimalis namun tetap elegan.

Bagi menampakkan ruang lebih luas dan cerah, beliau menggabungkan putih, kelabu, hitam dan sentuhan hijau pada ruang perabot.

Baca lagi ‘Awal terus cop 1 bilik.’ Wanita ini dekor bilik baking dalam rumah raih pujian. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

ilham dekor

Kreativiti sendiri

Sementara bab idea pula, Nur Raihana banyak mengambil inspirasi menghias kediaman yang terletak di Semenyih, Selangor itu menerusi carian di internet, pembacaan majalah berkonsepkan dekorasi dan juga kreativiti sendiri.

“Saya suka warna cerah (putih) dan kelabu (light grey) kerana buat ruang dalam rumah nampak lebih luas selain mudah ‘masuk’ dengan rona perabot dan hiasan lain.

“Untuk ruang tamu dibahagikan kepada dua bahagian. Tempat makan juga diletakkan di ruang depan khas jika ada tetamu yang datang berkunjung. Kalau untuk penggunaan harian, kami banyak gunakan meja makan di dapur sahaja,” ujarnya lagi.

Baca lagi ‘Cantiknya bilik hero ibu.’ Siti Nurhaliza room tour bilik anak lelaki bikin ramai teruja. Kemas & moden!

ilham deko

Iklan

Menyentuh mengenai pemilihan perabot, ibu kepada tiga cahaya mata itu menggabungkan rona putih bersih dengan hijau.

“Saya menggemari sofa jenis fabrik sebab mudah untuk cuci dan sarungnya pun boleh diganti jika sudah lama.

“Selain set sofa tersebut, ada juga jenis lounge kerana ia lebih selesa untuk bersantai sambil menonton televisyen bersama keluarga.

ilham dekor 3

Kediaman dengan keluasan 164 meter persegi itu mempunyai empat bilik tidur dan dua bilik air. Selain elemen moden, tuan rumah juga begitu berminat dengan sentuhan kayu sekali gus memberikan aura tenang, selesa dan dalam masa yang sama sangat eksklusif.

Memandangkan anak yang paling kecil kini berumur tujuh tahun, justeru tiada masalah dalam memastikan ruang rumahnya sentiasa tersusun kemas.

ilham dekor 1

“Dari anak pertama sehingga yang ketiga, tak ada masalah kerana awal-awal saya sudah ajar tak boleh conteng dinding dan pastikan rumah serta bilik kemas. Kalau buat sepah atau kotor masa tu juga saya suruh kutip dan susun.

Iklan

“Anak-anak juga faham, kalau nak makan cuma di dapur sahaja, tak boleh bawa makanan berat macam nasi dan makan atas sofa. Kalau ada conteng sikit tu saya akan cuci guna cat jenis mudah cuci,” ujarnya.

Ditanya adakah sebarang perubahan dilakukan sempena Syawal lalu, ini jawab tuan punya badan:”Setiap kali raya, biasanya memang akan ada hiasan baru. Cuma tahun lepas saya tak berbuat demikian.

ilham dekor 2

“Jadi, untuk tahun ini, saya tukar langsir, permaidani dan perhiasan lain untuk menyerikan lagi kediaman selain memeriahkan lagi sambutan hari raya,” kata beliau.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!