JOTUN, salah satu daripada syarikat cat terbesar di dunia baru-baru memperkenalkan Koleksi Kanak-Kanak Jotun 2023.

Ia merupakan himpunan warna eksklusif yang diilhamkan oleh minda kreatif dan imaginatif anak-anak kecil. Pelbagai warna dan kombinasi rona yang mencerminkan identiti mereka dipilih.

Antaranya seperti Pastel Forest (inspirasi daripada warna hutan), Eternal Ocean (inspirasi keindahan lautan) dan Pinkish Pastures.

Selain itu, Majestic Sense juga tidak kurang hebatnya kerana berupaya menyuntik keindahan sempurna sebuah kediaman.

jotun

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, diformulasikan daripada Teknologi Udara Bersih Jotun, Majestic Sense membantu membersih dan meningkatkan kualiti udara dalam rumah anda, selain memastikan ruang sentiasa segar serta tidak berbau.

“Ia secara tidak langsung dapat memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk mengekspresikan diri mereka dengan gembira dan memberi kepuasan kepada ibu bapa melihat dinding yang cantik setiap hari,” kata jenama itu.

 

Mengulas lanjut, Jotun berkata, ruang permainan atau mana-mana bilik sebenarnya tidak hanya terletak di dinding, tetapi melewati perabot yang dipilih.

Baca juga Cara mudah & jimat tanggalkan wallpaper tanpa jejaskan cat di dinding. Hanya sembur dengan dua bahan ini jer!

Justeru, Majestic Supreme Finish yang kurang berbau dan mengering lebih cepat adalah pilihan utama untuk menghasilkan butiran yang sempurna.

Iklan

jotun

“Sebagai contoh, mengecat perabot dalam bilik dengan warna yang serasi dengan rona dinding. Cat premium berasaskan air untuk kayu dan logam ini memberikan kemasan yang cantik dan dilengkapi dengan sifat antikotoran yang unggul. Ia adalah cara untuk meningkatkan penampilan sebuah bilik.”

Baca juga Kertas dinding serlahkan ruang. Berikut tip pilih material ini agar tak serabut, kekal lama

jotun

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang