Kreatifnya wanita ini dekor bilik bawah tangga jadi stor simpan barang. Cantik, tersusun kemas & praktikal!
KEBIASAANNYA tempat simpanan atau ruang stor menjadi ruang untuk kita menyimpan semua barangan yang tidak dipakai.
Tiba masanya mahu guna, mula gelabah mencari, kan?
Habis diselongkar ruang berkenaan dan pastinya mengambil masa.
Lebih-lebih lagi jika anda bukan jenis yang suka meletakkan barang secara teratur atau tidak suka susun barang mengikut jenisnya.
Baca ni Susun atur bilik stor ada caranya. Barulah lebih kemas, sistematik dan mudah cari barang!
Semuanya dilonggokkan dan apabila nak guna barulah cari.
Mana ada masa sementelah banyak pula barangan menyukarkan untuk anda berbuat demikian.
Sebenarnya, semua itu atas kreativiti dan juga kerajinan seseorang. Admin ada terbaca sebelum ini akan satu perkongsian di Facebook Lyna Amran.
Menariknya, beliau menjadikan stor bawah tangga rumahnya sebagai tempat simpanan barang.
Baca lagi Modal hanya RM2,000, wanita kongsi tip pilih rak TV untuk bilik sempit, rumah pangsapuri
Malah, ruang tersebut didekor dengan begitu simple, tetapi nampak kemas dan menarik.
Sebenarnya, itu projek yang beliau laksanakan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Memang sedap mata memandang dan ia memudahkan beliau mencari barang, setiap satunya diletakkan label. Rajin dan kreatif, kan!
"Hanya ingin kongsikan idea saya dekor stor bawah tangga rumah. Idea nak menjadikan stor sebagai taman sudah lama terfikir cuma masa PKP sebelum ini saya berjaya merealisasikannya," ujar beliau menerusi kapsyennya.
Baca lagi Hanya guna barang DIY, ibu ini berjaya transisikan satu bilik jadi tiga ruang demi anak tersayang
Baca lagi Inginkan dekorasi menarik, tetapi rumah sempit? Jangan bimbang 4 kaedah ini boleh membantu
Selain ruang tersebut nampak teratur, beberapa hiasan seperti rumput dan hiasan lain diletakkan bagi mencantikkan ruang yang ada.
Admin tertarik melihat dekorasinya yang cukup ringkas. Buka sahaja pintu stor, terus hati rasa lapang dan sedap mata memandang.
Malah, tidak perlu mengambil masa yang lama kerana susunan tersebut memudahkan proses mencari barang.
Jadi, kalau anda ada hajat nak kemaskan stor, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Barulah ruang nampak teratur, cantik dan praktikal!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang