Kuih onde-onde: Jom buat bersama ibu, anak-anak pasti suka

No Image Caption
A
A
A

APABILA melihat juadah kuih onde-onde pastinya teringat sewaktu kecil berbuka puasa bersama keluarga.

Kebiasaannya kuih onde-onde menjadi kegemaran golongan ibu untuk buat sendiri bersama anak-anak kerana ianya sangat mudah.

Ini resipi onde-onde Sinarplus kongsikan.

Bahan-bahan:

4 sudu besar tepung pulut

1 sudu besar tepung beras

5 helai daun pandan (kisar dengan air dan ambil jus secukupnya)

Gula melaka (dipotong kecil)

1/2 biji kelapa muda parut (ambil bahagian putih sahaja)

Sedikit garam (untuk gaul dengan kelapa parut)

Sedikit air kapur

Cara-cara:

1.Bancuh tepung pulut dan tepung beras dengan air pandan dan sedikit air kapur. Masukkan air ini sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat pada tangan.

2.Ambil sedikit adunan tadi dan leperkan menggunakan ibu jari. Masukkan gula melaka yang dipotong kecil tadi.

3.Kemudian, tutup adunan dengan kemas dan gentelkan sehingga berbentuk bulat yang cantik.

4.Panaskan air sehingga mendidih (boleh masukkan daun pandan jika ingin bau wangi)

5.Masukkan hasil bulatan adunan dengan gula melaka tadi dan tunggu sehingga ia timbul.

6.Apabila ia sudah timbul, angkat dan toskan ia. Terus masukkan ia ke dalam pinggan kelapa parut yang sudah dicampurkan dengan garam.

7.Golek-golekkan ianya sehingga betul-betul bersalut. (kelapa tadi boleh dilenyekkan dengan sudu agar ia rata dan lebih cantik)

Inilah resipi onde-onde. Sangat mudah untuk membuatnya. Selamat mencuba!

Penulis: Suhaila Ali

Sumber: Aziekitchen

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca