Kuih tart inti strawberi, dengar sahaja dah mengiurkan. Ini cara mudah penyediaannya

622BB4CB-40CE-48F2-8596-81090758B06E
622BB4CB-40CE-48F2-8596-81090758B06E
A
A
A

KUIH tart memang kegemaran ramai. Percayalah kalau kita berkesempatan pada Aidilfitri kali ini berkunjung ke rumah jiran-jiran, sanak-saudara atau rakan taulan, pasti akan jumpa kuih ini.

Selalunya kita akan jumpa tart dengan inti nanas. Namun, perkongsian daripada Jan Ena lain daripada lain.

Baca juga Berbuka bersama Nan Gua Bing, kuih tradisional Cina wajib dicuba

Beliau mengajar pelayar Facebook untuk membuat inti perasa strawberi. Hmmm...pasti sedap bukan.

Berikut bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya:

Bahan-bahan

250 gram mentega

85 gram gula aising

160 gram tepung gandum

160 gram tepung jagung

Esen vanila

Coklat rice (pilihan)

Jem strawberi

Cara penyediaan:

1. Masukkan mentega, gula aising dan esen vanila ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati.

2. Selepas itu, masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang sudah diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati sehingga adunan lembut.

3. Kemudian, masukkan coklat rice ke dalam adunan tadi. Kacau rata.

4. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam beg paiping yang sudah diletakkan nozle dihujungnya.

5. Picitkan secara membulat dan letakkan jem strawberi di tengah-tengah.

6. Bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 20 hingga 30 minit mengikut ketuhar masing-masing.

7. Setelah masak, siap untuk dihidangkan!

Baca juga Cita rasa klasik jadi tarikan kuih karas dan sesuai jadi hidangan di Aidilfitri

Mudah sahajakan? Kalau buat bersama adik-beradik lagi syok. Seorang adun tepung dan seorang atau dua orang lagi membuat intinya.

Nampaknya, tinggal lebih kurang dua minggu lagi kita nak beraya. Apalagi, cepat-cepat masuk ke dapur.

Buat sendiri, lagi puas hati!

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca