Kulit cantik bak wanita Korea

A
A
A

BUAT wanita yang ingin memiliki kulit wajah mulus persis gadis Korea, jangan lepaskan peluang memiliki produk jenama Face Republic.

Produk bebas sumber haiwan yang dikenali dengan singkatan K-Beauty itu membantu menjadikan kulit wajah menawan dan berseri.

Antara item yang ditawarkan ialah Face Republic Gold Mineral Cleanser Pembersih wajah yang kaya dengan antioksidan tersebut diperbuat daripada ekstrak akar manis dan ekstrak akar ginseng Panax.

Ia berfungsi menangalkan kotoran dan minyak tanpa menghakis kelembapan kulit wajah.

tip cantikRANGKAIAN produk Face Republic yang bebas sumber haiwan membantu menjadikan kulit wajah menawan dan berseri.

Face Republic Super Screen Sun Gel SPF50+ Krim yang dihasilkan daripada formula tidak berminyak dan tidak melekit itu membantu melindungi permukaan kulit wajah daripada sinaran matahari.

Kandungan aloe dan daun kayu putih pula membuatkan kulit wajah berasa sejuk, manakala vitamin niasinamida mengecilkan liang pori dan mengurangkan garis halus serta bintik hitam.

Selain itu, Face Republic turut dilengkapi Face Republic Crystal Glow Whitening Cream (30ml), Face Republic Perfect Cover BB Cream (40ml) dan Face Republic Sleeping Beauty Face Mask (setiap satu).

tip cantik

Ia dijual pada harga antara RM4.60 hingga RM49.90. Keterangan lanjut, layari Facebook dan Instagram Face Republic Malaysia, @facerepublic.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca