Kurangkan nafsu makan dengan makan makanan ini

No Image Caption
A
A
A

SUSAHNYA nak diet! Asyik lapar je sedangkan baru je makan.

Anda sedang diet dan tak tahu macam mana nak kawal nafsu makan? Ini senarai makanan yang boleh kurangkan nafsu makan anda.

1. Popcorn

Popcorn adalah makanan yang kaya dengan kandungan serat. Ini akan membuatkan anda berasa kenyang walaupun hanya memakan popcorn.

Dengan ini pastinya anda dapat mengawal nafsu makan daripada makan secara berlebihan.

2. Kacang pistachio

Kacang Pistachio walaupun ia kecil tetapi sangat tinggi nilai nutrisinya.

Kacang pistachio sering diamalkan oleh mereka yang sedang berdiet kerana nitrisi yang terdapat dalam kacang ini mampu menurunkan berat badan. Ini kerana kacang ini mampu mengurangkan nafsu makan anda.

Selain itu, kacang pistachio ini juga mampu meningkatkan metabolisma badan dan meningkatkan fungsi otak.

3. Mentega kacang

Mentega kacang mengandungi protein, omega 3 dan karbohidrat yang mampu memberi anda rasa kenyang dan menahan nafsu makan.

Tambahan pula jika anda memakannya dengan roti pasti anda akan rasa lebih kenyang.

4. Avocado

Avocado adalah buah yang mampu membuatkan anda tidak berasa lapar.

Ini kerana buah avocado mengandungi zat anti oksida yang boleh mengurangkan penghasilan asid pencernaan. Justeru, ia akan membuatkan anda lambat berasa lapar.

5. Minyak zaiton

Minyak zaiton sering digunakan dalam masakan. Namun tanpa kita sedar sebenarnya minyak zaiton ini juga berfungsi untuk kita lebih berasa kenyang.

Ini kerana minyak zaiton mengandungi vitamin A yang dapat meneutralkan rasa dan mengurangkan rasa lapar.

6. Cili

Cili yang memiliki rasa pedas ini mampu mengenyangkan justeru mengawal nafsu makan anda.

Sebabnya rasa pedas yang ada pada cili akan mencegah asid perut daripada cepat neutral. Justeru anda lambat berasa lapar.

Inilah antara makanan yang boleh dimakan untuk mengurangkan nafsu makan anda. Amalkan ya.

PENULIS: SUHAILA ALI

Sumber: Youtube Tips Kesehatan

Foto: Unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca