Lakukan ini selama 3 hari wajah akan jadi lebih cerah & berseri!

No Image Caption
A
A
A

SEMUA wanita pasti inginkan wajah yang cerah dan glowing tetapi ada segelintir yang dah berhabis ribuan ringgit tetapi tidak dapat juga memiliki wajah yang dimpikan.

Ada juga yang sanggup makan supplement yang merbahaya semata-mata nak jadi cerah.

Sekarang anda tidak perlu risau sebab anda boleh guna cara ini untuk mendapatkan kulit yang cerah dan glowing. Paling penting tidak memerlukan bajet yang besar!

1. Anda hanya perlu menyediakan mangkuk kecil dan sudu teh seperti gambar di bawah

2. Kemudian anda boleh gunakan essential baby oil tidak kisah apa brand sekalipun. Tuangkan baby oil tadi ke dalam bekas yang telah disediakan dengan menggunakan 1 sudu teh sahaja.

3. Kemudian anda memerlukan air mawar tidak kisah jenama apa pun atau pun anda boleh buat sendiri air mawar di rumah. Rendam kelopak bunga mawar dengan air suam seharian dan biarkan sejuk.

4. Campurkan 1 sudu teh aloe vera gel dengan bancuhan baby oil dan air mawar tadi. Kacau sehingga sebati dan larut seperti gambar di bawah.

5. Anda boleh jadikan ianya masker dan pakai setiap malam sebelum tidur untuk memperoleh wajah yang cerah dan glowing!

Mudahkan nak muka cerah dan glowing? Jangan lupa cuba tips yang sinar plus berikan ni di rumah!

Sumber: pernamacuy

PENULIS: FATIN SYAZWANI MOHD HANIF

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca