Langgan Pakej Remaja Keluarga sekarang. Hanya RM30 sahaja untuk 20GB selama 3 bulan!

A
A
A

BERMULA semalam, orang ramai sudah boleh melanggan Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang menyasarkan khusus buat para remaja dan pelajar.

Berita baiknya, harga yang ditawarkan sangat mampu milik.

Pakej itu didatangkan dengan medium prabayar bersama harga langganan sebanyak RM30 untuk tempoh masa tiga bulan.

Pengguna akan menerima data sebanyak 20GB dalam jangka waktu tersebut.

Pada masa sama, pakej berkenaan juga memberikan data 1GB secara percuma setiap hari bagi tujuan produktiviti.

Antaranya mengikuti kelas atau pembelajaran dalam talian, menggunakan semasa bekerja dari rumah dan sebagainya.

Menarik bukan?

Untuk makluman, Pakej Remaja Keluarga Malaysia berkenaan ditawarkan oleh Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malayusa dan YTL untuk tempoh masa selama enam bulan iaitu hingga 15 April tahun hadapan.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, tawaran tersebut diperkenalkan sebagai bukti komitmen kerajaan dalam memastikan setiap rakyat mempunyai capaikan internet pada harga yang berpatutan.

Jadi, buat semua pembaca SinarPlus, manfaatkan sebaiknya inisiatif yang diberikan ini.

Baca juga: Semak kualiti internet anda guna Speedtest, sesuai atau tidak untuk strim video

Semoga dengan kemudahan yang diberikan, anda semua lebih mudah mengakses kepada rangkaian internet di mana sahaja.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca