Lauk simple tapi sedap! Ini resipi kentang goreng cili padi 4 bahan padu

DALAM kesibukan kerja harian, menu lauk yang simple menjadi pilihan ibu-ibu untuk dihidangkan kepada keluarga.

Salah satu tip untuk memasak lauk yang simple dan cepat, carilah lauk yang tak menggunakan banyak bahan.

Contohnya seperti lauk kentang goreng cili padi ni. Ringkas sungguh. Nak membuatnya pun senang.

Kentang boleh mengenyangkan. Pelbagai kaedah memasak boleh dilakukan antaranya dengan membakar, merebus atau menggoreng.

Namun, apabila dimasak bersama cili padi yang ditumis garing ni, memang sangat sedap.

Makan bersama nasi panas-panas, aduhai enaknya!

Bahan-bahan;

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Kentang

Cara membuatnya;

1. Kentang dipotong dadu dan digoreng sehingga masak.

2. Bawang merah, putih dan cili padi diblend kemudian ditumis sehingga garing.

3. Masukkan garam dan serbuk perasa. Akhirnya masukkan kentang yang digoreng tadi. Siap untuk dihidang.

Baca juga Bahaya makan ubi kentang tumbuh tunas, ini cara simpan kentang supaya tahan lama

kentang

Sementara itu ini khasiat kentang kepada tubuh badan kita;

Iklan

1. Makanan berasaskan kentang membuatkan seseorang itu lebih bertenaga dan kenyang lebih lama.

2. Kentang mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2, B3 selain potassium yang dua kali ganda berbanding pisang.

3. Kentang yang bermutu juga mengandungi asam amino yang digelar zat lysine, ia baik untuk pertumbuhan tubuh dan otak.

Cuba juga Sotong goreng lada bersama ubi kentang, pembuka selera sahur keluarga

4. Sebiji kentang mengandungi 620 miligram potasium iaitu lebih banyak daripada sebiji pisang berukuran sederhana. Dengan memiliki kandungan potasium yang tinggi, kentang dapat membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf ketika bersukan yang memerlukan daya ketahanan lebih tinggi.

Iklan

5. Penting dalam diet harian terutama untuk ahli sukan kerana kentang membekalkan karbohidrat, kalium dan tenaga yang diperlukan untuk memberikan kecergasan dan ketahanan badan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Duan Ramli

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.