Lebih 21 ribu share! Popia carbonara cendawan inti padu ini wajib dicuba
Lebih 21 ribu share! Popia carbonara cendawan inti padu ini wajib dicuba
INGINKAN menu untuk sarapan atau minum petang yang mudah, boleh cuba buat popia carbonara cendawanini.
Senang jer, bahan yang nak digunakan pun tak banyak dan sedap pula tu.
Bukan macam popia biasa, tapi inti carbonara ini penuh dengan cebisan cendawan enoki dan shitake pasti membuatkan anda menjilat jari.
Creamy... memang padu rasanya. Sesuai dihidang ketika musim sejuk-sejuk ni.
Bahan-bahannya;
- Mentega
- 7 ulas bawang putih dipotong dadu [Beli di sini]
- Cendawan enoki dan shitake dipotong kecil [Beli di sini]
- Kiub pati ayam
- Buah lemon
- Whipping cream [Beli di sini]
- Keju
- Kulit popia
- 1 tin sos carbonara (brand suka hati)
- Air
Cuba juga Resipi mudah jem tat nanas cantik berserat hanya 4 bahan, pakai pemarut legend
Cara membuatnya;
1. Tumis bawang putih dengan mentega, masukkan sos carbonara. Gaul hingga masak sekata.
2. Perahkan lemon dalam setengah biji, masukkan kiub pati ayam. Seterusnya masukkan whipping cream. Kacau-kacau rata.
3. Masukkan kepingan keju untuk jadi creamy, tambahkan sedikit air.
4. Masukkan cendawan, ratakan dan biarkan sekejap. Sedia untuk dibalut kulit popia.
Cara balut popia:
1. Letakkan sedikit inti di bahagian tengah kulit popia. Lipat kulit popia kemas-kemas dan padat.
2. Kemaskan dia dengan sapukan sedikit bancuhan tepung gandum bersama air.
Cuba juga Sedapnya putu piring perisa kaya dan pandan, air tangan remaja ini memang wow!
3. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk bahagian chill dulu setengah jam.
4. Panaskan minyak, dah goreng dalam minyak yang panas.
5. Kalau buat banyak, boleh simpan dalam freezer. Bila nak makan, gorengkan je.
Semoga bermanfaat! Selamat mencuba.
Sumber: arianna kitchen
[video]
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang