TOYOTA bakal mengumumkan pelancaran kereta hibrid elektrik pertama, Toyota Corolla Cross Hibrid untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Fitur baharu yang dipasang dalam negara itu kini dalam peringkat praproduksi di Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) iaitu kilang pemasangan UMW Toyota Motor di Bukit Raja, Selangor.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata, sambutan orang ramai cukup memberangsangkan dan kian beralih ke Teknologi Kenderaan Hibrid Elektrik.

Toyota Corolla Cross Hibrid

“Ramai teruja selepas tempahan untuk Corolla Cross Hybrid dibuka. Pun begitu, saya meminta agar semua dapat bersabar.

“Terdapat banyak proses penelitian kualiti dalam semua aspek yang perlu dilaksanakan ASSB bagi menjamin kereta yang diserahkan nanti memiliki piawaian tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga Kenali 5 trak ekstrem paling canggih di dunia, nombor 3 memang power

Takeyama berkata, Toyota juga telah mengeluarkan kenderaan hibrid elektrik sejak akhir 1990-an lagi dan sentiasa menambah baik kejuruteraan serta reka bentuk dari masa ke masa.

“Hasil daripada eksperimen yang panjang dan kemajuan teknologi yang dipertingkatkan ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Toyota Corolla Cross Hibrid

Harga yang ditawarkan untuk Toyota Corolla Cross Hibrid dijangka bermula RM137,000 (tidak termasuk insurans) dengan waranti kilang selama 5 tahun atau tanpa had perjalanan.

Lagi menarik, terdapat jaminan lapan tahun atau tanpa had perjalanan untuk bateri, converter dan unit kawalan pengurusan kuasa.

Iklan

Baca juga 5 jentera super cas bersaiz comel dengan ledakan percikan kuasa elektrik jadi trend 2021

Malah, pelanggan boleh melanjutkan waranti untuk tempoh dua tahun lagi.

Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, pihaknya turut memberikan tawaran hebat menerusi kempen promosi jualan, ‘Now Is The Time’ untuk bulan ini.

Iklan

Toyota Corolla Cross Hibrid

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Bagi merancakkan lagi tempahan, penjimatan hingga RM5,500 untuk model terpilih dan pengecualian cukai jalan diberikan kepada pelanggan,” katanya.

Terdahulu, Toyota dan Lexus mempamerkan jualan positif dengan jumlah keseluruhan 63,105 unit (26 peratus lebih tinggi berbanding jualan terdahulu) bagi tempoh Januari hingga November lalu.

Untuk model kereta penumpang, Vios kekal menjadi model Toyota paling laris dengan 33 peratus daripada jumlah jualan, sementara Hilux kekal sebagai trak pikap paling laris di Malaysia sejak tahun 2005.