Leceh nak buat, tapi sedap! Rojak kateh sering jadi buruan warga Terengganu
PERNAH dengar rojak kateh? Kalau rojak buah atau rojak mi mesti sudah biasa korang jumpa bukan?
Rojak kateh merupakan makanan tersohor di negeri Terengganu. Ia diperbuat daripada kaki atau kateh lembu.
Juadah tersebut bukan sekadar pembuka selera, namun merupakan hidangan tradisional eksklusif di negeri pantai timur itu.
Bahan utamanya terdiri daripada urat kaki lembu atau dikenali keting yang direbus lembut bersama kuah cuka berlada.
Rasanya masam, manis dan pedas menjadikan rojak kateh antara hidangan paling digemari warga Terengganu.
Cuma proses penyediaan memakan masa lama, namun itulah yang menjadikan sajian itu istimewa.
Bahan-bahan:
Kateh atau kaki lembu (tunjang atau urat kaki lembu)
- Cili kering
- Gula
- Garam
- Cuka masak
- Gula merah atau nissan
- Air asam jawa
Cara membuat:
1. Kateh atau kaki lembu dibakar. Selepas dibakar cuci kesan arang sehingga bersih.
2. Kemudian rebus, lalu dibiarkan di dalam peti semalaman.
3. Setelah itu barulah dipotong kecil-kecil daging tersebut dan direbus sekali lagi sehingga empuk.
Cuba juga Jangan guna minyak masak berulang kali, memudaratkan jantung. Berikut tip pilih minyak yang betul
Cara membuat (kuah cuka berlada)
1. Di dalam satu periuk masukkan air asam jawa, cili kering, gula, garam, cuka masak dan gula merah (gula Melaka atau nissan). Masak sekejap sahaja.
2. Kemudian, masukan kateh lembu yang telah direbus dan kacau selama dua hingga tiga minit.
3. Sedia untuk dinikmati. Rasai kelazatannya.
Selamat mencuba!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang