Lelaki pun boleh ‘meroyan’ lepas isteri bersalin, 8 tip ini amat membantu

June 4, 2020
Oleh Azimah

JIKA tiada kepentingan menjaga kesihatan emosi wanita selepas bersalin, pastinya tidak timbul istilah simptom ‘meroyan’ dan seumpamanya.

Emosi ketika hamil dan isu kegelisahan bukan sahaja membawa kesan kepada ibu tetapi juga kepada seluruh keluarga, terutamanya suami.


Kongsi laman psikologi kesihatan mental, SOLS Health, walaupun bukan perkara yang mudah, pasangan boleh melakukan pelbagai inisiatif.

Bantu isteri untuk merintangi rasa kegelisahan dan depresi selepas tempoh bersalin. Rupanya bukan isteri saja, suami pun pada saat-saat tertentu boleh ‘meroyan’ atau depresi sebaik selepas isteri bersalin.

Jika anda mempunyai pasangan yang mengalami kesusahan ini, SOLS Health berharap informasi di bawah dapat membantu untuk lebih memahami keadaan yang sedang dihadapi.

Iklan

Apa yang penting, peka terhadap cara untuk membantu dan memberi sokongan kepada isteri yang disayangi serta kesihatan diri sendiri bagi mengelakkan  merasa depresi yang boleh memberi kesan kepada anggota keluarga lain terutama yang tinggal serumah. Berikut kongsi SOLS Health:

Depresi Selepas Bersalin (DSB): Apakah Peranan Kaum Lelaki?

Iklan

Impak DSB terhadap ahli keluarga – wanita, lelaki dan kanak-kanak
– Kesihatan ibu merupakan kualiti kehidupan dan hubungan
– Kesihatan kanak-kanak, rehat dan tumbesaran
– 8-10 peratus lelaki mengalami DSB dengan sikap ketidakupayaan, untuk membuat keputusan, panas baran dan emosi buntu
– Kesihatan mental ibu, bapa dan kanak-kanak berkait rapat
– Jika tidak ditangani, ia mampu membawa kepada penyakit kronik, masalah rumahtangga dan penceraian.

Apakah Peranan Lelaki? 8 Tip Penting!

1. Mempelajari asas DSB

– Membiasakan diri anda bersama pasangan yang sedang mengalami DSB
– Membantu menguruskan harapan, keleliruan berkenaan tanggapan ‘cara penjagaan yang sempurna’

2. Memberi sokongan emosi

– Dengar masalah pasangan, menunjukkan sifat empati dan memberikan jaminan
– Bantu pasangan untuk mengenal pasti keperluan asasnya bagi meningkatkan penghargaan diri

Artikel berkaitan: Bagusnya pasangan muda ni… duduk pondok sangkar ikan pun, rumah bersih, kemas sangat

3. Meluangkan masa bersama pasangan

– Berada bersama isteri secara fizikal dengan bekerja dari rumah lebih kerap
– Meluangkan masa berkualiti bersamanya secara berdua-duaan

4. Menggalakkan penglibatan sosial

– Bantu pasangan mengeratkan hubungan bersama keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja
– Mengatur perjumpaan kecil, tetapi menetapkan had masa bersama tetamu

5. Berkongsi kerja rumah

– Laksanakan bahagian anda (atau lebih) supaya isteri dapat beristirehat
– Masak makan malam, bersihkan rumah, tukar lampin bayi dan jaga anak

6. Beri sokongan kepada bantuan profesional

– Peka terhadap bantuan profesional dan rawatan yang diambilnya
– Bantu pasangan menghilangkan stigma dan kekeliruan berkenaan DSB

7. ….Untuk diri anda juga

– Cari bantuan profesional jika anda mengalami simptom depresi
– Sentiasa ‘bantu diri anda terdahulu’ supaya dapat membantu yang lain

8. Menginspirasikan rasa prihatin terhadap diri sendiri

– Sentiasa memotivasikan pasangan anda untuk memahami diri sendiri
– Mengaplikasikan aktiviti keprihatinan terhadap diri sendiri

DSB: Melibatkan Kaum Lelaki
– Memainkan peranan yang penting dalam perbincangan kesihatan awam, pembinaan polisi dan intervensi klinikal
– Kaum lelaki sendiri mengalami DSB dan/ membantu pasangan mereka menanganinya
– Wajib memainkan peranan lebih proaktif, bukan sebagai penonton supaya dapat mengurangkan risiko dan meningkatkan ketahanan
-DSB perlu dilihat melalui kaca mata yang lebih luas.

Nampaknya bukan wanita sahaja boleh emosi selepas isteri bersalin ya. Suami pun sama…

Jadi eloklah saling membantu. Itulah gunakanya berpasangan kan? -AG #rantaiankasih

Iklan