Rupa-rupanya cukur misai, jambang pun ada teknik tertentu
PENJAGAAN jambang dan misai harus dititikberatkan bagi memastikan kebersihan pada bahagian tersebut sentiasa dijaga dengan baik, sekali gus menyerlahkan sisi kemas dan segak golongan jejaka.
Pun begitu, jangan terlalu gopoh mencukur sehingga korang mengabaikan lima perkara utama.
Ingat ya, jangan ambil ringan soal berkaitan wajah kerana ia cerminan pada personaliti yang membantu membangkitkan pesona penampilan menarik.
Justeru, segmen Sihat Cantik hari ini berkongsi lima tip untuk lelaki sebelum bercukur.
1- Jenis pisau cukur
Terdapat dua pilihan mesin pencukur sama ada konvensional ataupun moden yang mempunyai fungsi tersendiri.
Korang bebas untuk memilih jenis mesin pencukur, asalkan ia melukakan wajah sehingga mengakibatkan iritasi pada kemudian hari.
2- Waktu yang sesuai
Lazimnya, waktu yang sesuai untuk bercukur adalah selepas mandi. Ia berikutan kulit wajah berada dalam keadaan lembut usai dibersihkan menggunakan krim pembersih pilihan.
3- Krim atau gel
Jangan sesekali bercukur tanpa menggunakan krim atau gel yang bersesuaian dengan jenis kulit. Langkah berkenaan adalah untuk mengelakkan berlakunya iritasi atau ruam khususnya pada kulit sensitif.
4- Cukur ikut arah
Kaedah mencukur jambang, kumis atau misai rupanya ada cara tersendiri. Korang perlu mencukur mengikut arah bulu. Kemudian, lawan arah untuk melicinkan kawasan wajah.
5- Bilas air suam
Selesai mencukur bilas wajah seelok-eloknya menggunakan air suam, lalu lap dengan tuala bersih. Jangan lupa oleskan pelembap supaya kulit wajah tidak kering.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang