'Lelaki terhebat selepas ayahku.' Gurauan menjadi realiti, 11 bulan kenal, hubungan Fatthiyah & Zulfahmi berakhir di jenjang pelamin
TULAR hingga 3.1 juta tontonan, hantaran sekitar majlis perkahwinan pengantin baharu Zulfahmi Zulkifli dan Nur Fatthiyah Abdul Fattah menjadi perhatian warga maya.
Selamat bergelar suami isteri selepas perkenalan singkat selama 11 bulan pada 9 November tahun lalu, Nur Fatthiyah mengakui kesungguhan Zulfahmi menambat hati.
Pernah menerima mesej 'Hai bakal isteri saya' yang disangkanya gurauan daripada Zulfahmi, Nur Fatthiyah berkata kata-kata itu kini menjadi realiti.
Malah menerusi hantaran di TikTok, wanita berusia 22 tahun itu mengakui sosok lelaki itu terhebat selepas bapanya.
'Lelaki terhebat selepas ayahku. Life with cinta," titipnya yang tidak teragak-agak membuat keputsuan menamatkan zaman bujang pada usia yang muda.
Artikel penuh:
- Perkenalan 7 tahun berakhir di jenjang pelamin, pengantin tular hampir 20,000 likes terima titipan doa warganet
- Pengantin lelaki berbaju Ultraman Taro tular, rupanya peminat cosplay. Dedah kostum berharga lebih RM2,000. 'Keberaniannya memang powerlah'
- Sedekad menanti, wanita timang anak sulung pada usia suami 80 tahun. ‘Alhamdulillah 31 Mei puteri kami dilahirkan’
Perkenalan dengan suaminya menerusi aplikasi cari jodoh pada 26 Januari tahun lalu membuka ruang kepada hubungan yang lebih serius. Masing-masing saling bertukar nombor telefon kemudian mengambil keputusan untuk berjumpa tidak lama kemudian.
"Sebelum jumpa, dia (suami) tak tahu macam mana bentuk badan saya dan ikutkan saya bukan jenis yang gemar bersemuka pun.
"Tapi entah kenapa saya berani nak jumpa dengannya dan waktu itu saya fikir kalau dia nak terima okay, kalau tak pun tak mengapa.
"Selepas pertemuan pertama, suami okay malah kami boleh serasi kerana jenis 'sekepala' terutama bila bersembang mengenai sesuatu perkara," katanya.
Biarpun baharu mencecah usia 22 tahun, kematangan dan kesungguhan Zulfahmi menambat hati Nur Fatthiyah sekali gus menerima rombongan merisik dua bulan kemudian.
"Sebelum kahwin, saya pernah tanya suami banyak kali adakah dia benar-benar serius dan boleh terima saya kerana risau dipermainkan.
"Suami kata dia terima saya seadanya dan nampak usahanya kerana sanggup pindah kerja di sini serta selalu ada bila saya perlukan," katanya.
Pernah terfikir membujang selamanya, wanita bertuah itu kini hanya mengharapkan agar ikatan suami isteri mereka berdua berpanjangan hingga ke jannah.
"Saya pernah terfikir tak akan berkahwin namun ALLAH SWT berikan jodoh, jadi berdoa perkahwinan saya bahagia sampai ke akhir hayat.
"Terima kasih juga kerana ramai doakan di TikTok walaupun niat saya dan suami muat naik video sekadar suka-suka serta nak tengok siapa raih lebih banyak tontonan.
"Cuma biasalah komen bercampur baur, yang positif kagum kerana ada lelaki terima saya dan ada juga persoal citarasa suami sebab pilih saya sebagai pasangan. Tapi saya tak berkecil hati pun kerana komen sebegitu rata-ratanya datang daripada budak-budak," katanya.
Dalam pada itu, Zulfahmi pula berkata beliau tidak menyangka tindakannya menyapa Nur Fatthiyah menerusi aplikasi mencari jodoh membawa ke gerbang perkahwinan.
Lelaki itu bersyukur dipertemukan jodoh mempunyai ciri wanita pilihannya, dianggap comel dan baik hati.
"Awalnya saya bergurau dengan hantar mesej 'Assalamualaikum bakal isteri' dan takdir menentukan kami akhirnya bersatu.
"Keluarga pada mulanya terkejut juga bila saya beritahu nak berkahwin dan minta fikir masak-masak namun terima keputusan selepas saya yakinkan mereka sudah bersedia menjadi suami.
"Ada juga segelintir individu terdekat persoalkan keputusan saya kahwin muda dan sentuh bab fizikal isteri tapi saya yang berkahwin jadi tahu apa terbaik, bukannya orang lain," katanya.
Warganet tidak henti mendoakan agar pasangan tular itu berbahagia selamanya. Tidak kurang yang memuji kecantikan busana pengantin perempuan.
"Selamat akak and abang. Semoga bahagia selalu menyertaimu. Tahniah."
"Syukur Alhamdulillah, moga menjaga amanah ALLAH baik-baik."
"Comel dan serius lawa."
"Pedulikan tohmahan orang. Tahniah dan teruslah berkasih sayang. Tahniah."
"Cantiknya solekan dan baju pengantin. Nampak semula jadi."
"Comelnya awak. Demi ALLAH cantik."
"Terbaik! Semoga dilimpahkan rezeki. Jangan pedulikan kata-kata negatif. Respect abang ni sangat gentlemen."
Sumber: TikTok, Harian Metro
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang