Bahayanya! Meja lipat & iron board perangkap maut, ibu ayah perlu waspada

No Image Caption
A
A
A

TRAGEDI boleh berlaku dalam sekelip mata. Kisah kanak-kanak, Allahyarham Nur Aqifah Humaira Abdullah,6, yang maut tersepit di celah besi meja lipat baru-baru ini begitu menyayat hati.

Siapa sangka betapa bahayanya perabot jenis lipat atau meja seterika (iron board) hingga mengakibatkan kematian dalam tempoh yang singkat.

Berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan, Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat pembengkakan otak kerana kekurangan oksigen.

No Image Caption

Nampaknya meja lipat bukan sembarangan perabot. Justeru, Public Health Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan tiga peringatan berkaitan meja lipat dan iron board.

1. Pastikan meja lipat mempunyai kunci keselamatan.

2. Jangan biarkan kanak-kanak bermain berhampiran meja lipat.

3. Simpan meja lipat dalam keadaan tertutup dan tidak mudah diakses oleh kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:

Walaupun nampak praktikal dan menjimatkan ruang, ia sebenarnya boleh mengundang risiko terutamanya kepada kanak-kanak kerana mampu menyebabkan mereka terjatuh, terkena bucu dan potensi untuk tersepit di celah kaki besi meja berkenaan.

Hong Kong Consumer Council menyifatkan meja lipat sebagai peralatan yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan jiwa dalam kalangan kanak-kanak.

Malah kebanyakan kes yang melibatkan kematian berlaku apabila si kecil menterbalikkan meja dan bermain di tengah kaki meja berkenaan.

No Image Caption

Lebih merisaukan adalah, jika kaki meja tidak dikunci dengan betul, ia boleh terlipat dan memerangkap mangsa di antara batang kaki besi meja berkenaan. Apabila sudah terperangkap, agak mustahil untuk kanak-kanak melepaskan diri tanpa bantuan orang dewasa.

No Image Caption

Berat badan mereka akan menyebabkan kaki besi semakin ketat, lebih-lebih lagi ketika panik atau bergelut untuk melepaskan diri. Akhirnya, mereka mungkin tersepit atau tercekik di celah-celah kaki besi berkenaan serta berisiko untuk maut.

No Image Caption

Tidak hanya Hong Kong bimbang dan mengeluarkan arahan berwaspada terhadap penggunaan meja lipat, kerajaan United Kingdom pada tahun 2022 juga telah mengarahkan untuk memusnahkan meja dan kerusi lipat buatan China sebaik sahaja tiba di sempadan.

“Produk ini mempunyai risiko kecederaan yang tinggi kerana struktur meja tidak cukup kuat untuk menahan beban dan mudah patah,” menurut notis tersebut.

Menurut Hong Kong Consumer Council, beberapa langkah keselamatan perlu diambil perhatian untuk mengelakkan situasi yang memudaratkan. Antaranya ialah:

-Pengguna perlu memastikan meja lipat yang dibeli adalah kukuh dan mempunyai kunci keselamatan.

-Apabila meja berkenaan dibuka, kunci keselamatan perlu dimasukkan supaya meja tidak terbalik atau tertutup sendiri

-Sekiranya tidak digunakan, adalah lebih selamat jika meja lipat disimpan dalam kawasan tertutup yang jauh daripada jangkauan kanak-kanak.

Sumber: Public Health Malaysia, Consumer Council in Hong Kong

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang