AMALAN moreh selepas selesai solat tarawih sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita bagi mengimarahkan rumah ALLAH sepanjang Ramadan.

Apatah lagi, bulan puasa inilah masanya untuk menggandakan amalan ibadah sebanyak mungkin di masjid atau surau berhampiran rumah.

Bukan setakat moreh di masjid atau surau, bagi mereka yang panjang langkah bolehlah lepak di kedai favourite untuk menikmati secangkir kopi dan snek ringan untuk isi perut.

Bukan setakat aneka colek yang terkenal di Pantai Timur, sajian panas ala Barat pun disediakan. Tinggal pilih dan bayar jer.

moreh

Sekarang ini, sudah ramai pengusaha kedai makan yang kreatif membuka jualan khas moreh pada sebelah malam hingga pagi.

Tak kira menu simple atau berat yang ditawarkan, semua lauk boleh ditapau sebagai menu sahur sekali.

 

Di Selangor khususnya sudah banyak kedai menarik yang menyediakan servis dan makanan dengan suasana meriah.

Siap boleh lepak bersila bawah rumah kampung tradisional dengan set makanan ala carte atau pakej talam. Dekorasi pun nampak vazz dengan gaya vintaj.

moreh

Carian SinarPlus di aplikasi TikTok menemukan lima premis viral yang boleh kalian pertimbangkan untuk singgah jika berada berhampiran:

moreh

moreh

moreh

Warung Pak Paad
Alamat: Rantau Panjang, Klang, Selangor
Waktu operasi: 8.30 hingga 11.30 malam
Facebook: Cendol Pak Paad

Baca juga Bonus panorama KLCC 360 darjah, ini keunikan makan malam di Menara Kuala Lumpur sepanjang Ramadan

moreh

Gerai Syam Bawah Pokok
Alamat: Lot 356, Jalan Indah 1, Taman Puchong Indah, Puchong, Selangor
Waktu operasi: 5 petang hingga 3 pagi
Facebook: GERAI SYAM BAWAH POKOK

moreh

moreh

Iklan

Cafe Salim
Alamat: 4819, Jalan Cempaka, Meru, Klang, Selangor
Waktu operasi: 10 malam hingga 5 pagi
Facebook: Cafe Salim

moreh

moreh

Hulu Cafe
Alamat: 21, Jalan Singgahsana 4A/KU2, Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor dan Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 9 malam hingga 2 pagi
Facebook: Hulu Cafe

Baca juga 4 resipi oat yang ringkas dan sedap, boleh cuba ketika bersahur, buka puasa

moreh

Nasi Lemak Parking
Alamat: Jalan Tukul N15/N, Seksyen 15, Shah Alam Selangor
Waktu operasi: 5 petang hingga 5 pagi
Facebook: Nasi Lemak Parking

Iklan

Antara senarai lokasi makan-makan yang dikongsikan di atas, mana satu tempat yang kalian sudah singgah? Amacam? On tak on?

moreh

Bagi mereka yang jenis suka sahur awal, boleh singgah lepak bersama kawan-kawan sampai puas.

Jangan lupa untuk mengimarahkan masjid dan surau kalian untuk rebut ganjaran 10 malam terakhir Ramadan dan malam lailatulqadar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!