Lepak santai sambut Tahun Baharu 2024, ini 7 lokasi menarik hayati panorama bunga api sambil main salji bersama famili & bestie

PERCAYA tak bandar raya Kuala Lumpur akan bersalji hingga 1 Januari ni?

Wah! Mesti seronok dapat main kepingan ais yang bertaburan di langit. Bukan setakat anak-anak jer happy, ibu bapa pun tumpang sekaki.

Bagi memeriahkan sambutan Tahun Baharu 2024, ramai pihak termasuk Kuala Lumpur City Centre (KLCC) mengambil inisiatif kreatif untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Tahun Baharu 2024

Sudah tentunya kota raya Kuala Lumpur menjadi lokasi panas untuk kalian berkumpul beramai-ramai dan countdown sambil menyaksikan pertunjukan bunga api.

Lagi best, anda dapat merasai suasana musim sejuk jika berkumpul di pekarangan mercu tanda ikonik negara sempena KLCC Winter Wonderland.

 

Bukan itu jer, menjelang detik jam 12 malam pada 1 Januari nanti, banyak tempat yang menjadi tumpuan ramai untuk healing sampai ke pagi.

Carian SinarPlus mendapati, banyak program menarik dianjurkan untuk mengisi masa sementara menunggu pertunjukan bunga api bermula.

Tahun Baharu 2024

Tak kurang juga, penganjuran selawat perdana dan program memperingati saudara kita di Palestin juga turut diadakan di Shah Alam, Selangor.

Berikut destinasi yang disyorkan untuk berlibur bersama keluarga:

KLCC Winter Wonderland
Tarikh: Percuma hingga 1 Januari 2024
Masa: Bermula 7.45 malam
Lokasi: Main Entrance, Level G, Avenue K, Suria KLCC
Acara: Bermain salji dan shopping

Tahun Baharu 2024

Darul Ehsan Berselawat
Tarikh: 31 Disember 2023
Masa: Bermula 7 malam
Lokasi: Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Selangor
Acara: Doa untuk Palestin, persembahan artis dan selawat perdana

Baca juga Tahun Baharu, gaya pun baharu. Rona ungu dan stail renda bakal dominasi trend fesyen global, lokal

Tahun Baharu 2024

2024 New Year Countdown
Tarikh: 31 Disember 2023
Masa: 10.30 malam
Lokasi: Menara Kuala Lumpur
Acara: Skydeck, light refreshment dan pek parti

Tahun Baharu 2024

Pink Fish Countdown 2024
Tarikh: 31 Disember 2023
Masa: Bermula jam 4.30 petang
Lokasi: Surf Beach Sunway Lagoon, Subang Jaya, Selangor
Acara: Pertunjukan bunga api dan persembahan artis antarabangsa seperti KSHMR, Andrew Rayel, Coone, Jeffrey Sutorius dan ramai lagi

Baca juga Azam Tahun Baharu, buang barang tak perlu, hidup lebih teratur. Ini trik Marie Kondo yang ramai tak tahu

Tahun Baharu 2024

Iklan

Dreamland Rendezvous
Tarikh: 29 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024
Masa: 10 pagi
Lokasi: Central Market Kuala Lumpur
Acara: Persembahan tarian tradisional, buskers dan bengkel seni

Tahun Baharu 2024

Smiley World Happy Countdown 2024
Tarikh: 30 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024
Masa: Bermula 4 petang
Lokasi: Rooftop Garden, Lalaport Bukit Bintang City Centre
Acara: Wishing board, face painting, persembahan muzik band dan midnight party countdown

Tahun Baharu 2024

i-City New Year Celebration 2024
Tarikh: 31 Disember 2023
Lokasi: i-City Shah Alam, Selangor
Acara: Pertunjukan bunga api dan permainan interaktif

Jadi, pakat ramai-ramai memeriahkan sambutan Tahun Baharu 2024 penuh berhemah di kawasan berhampiran kalian.

Baca juga Azam baharu 2024 baiki diri. Dr Fadzilah Kamsah kongsi 35 tip bangkit, berubah lebih baik

Iklan

Tahun Baharu 2024

Jangan lupa, pastikan anda memakai mask dan menjaga penjarakan sosial ketika berada di kawasan orang ramai kerana negara kita masih belum bebas sepenuhnya daripada wabak Covid-19.

Okey! Selamat berlibur dan Happy New Year 2024.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang