MEMILIKI kulit wajah sihat, segar dan mulus secara semula jadi merupakan dambaan para wanita. Namun begitu, impian tersebut sukar dikecapi secara konsisten dek gaya hidup tidak menentu.

Tambahan pula faktor cuaca panas dan lembap sepanjang tahun di negara ini.

Selain itu, sinaran ultraungu (UV) dan inframerah termasuk pencemaran alam sekitar juga menyebabkan dehidrasi sekali gus kondisi kulit wajah menjadi kering, kusam dan tidak bermaya.

Justeru, menurut pihak Safi, bagi membantu mengatasi masalah tersebut, jenamanya memperkenalkan Safi Balqis Oxywhite Losen Pencerahan Menghidrat yang mengandungi lima manfaat asid hialuronik.

Losen tersebut dikatakan bertindak dua dalam satu dengan mengunci kelembapan dan mencerahkan kulit wajah.

Teksturnya yang ringan dan tidak melekit mudah meresap ke dalam lapisan kulit lalu membantu mencegah kulit menjadi gelap akibat terdedah pada sinaran UV dan inframerah.

safi

Safi Balqis Oxywhite Losen Pencerahan Menghidrat dijual pada harga RM23.50 (100ml).

Ubat gigi untuk seisi keluarga

Sementara itu, bagi kesihatan dan kecantikan gigi untuk seisi keluarga pula jangan lepaskan peluang memiliki ubat gigi jenama Mismis Extra Cool Mint

Iklan

Dalam usaha mempromosikan produk penjagaan mulut, NFA Technologies Sdn Bhd menawarkan ubat gigi Mismis Extra Cool Mint berasaskan bahan semula jadi.

Dalam kenyataan medianya, NFA Technologies memberitahu, ubat gigi berkenaan membantu memberikan perlindungan tujuh kali ganda melawan bakteria yang boleh menyebabkan karies termasuk jangkitan pada gigi.

mismis

Iklan

“Selain itu, Mismis Extra Cool Mint juga diformulasi tanpa bahan peraben, bahan kimia dan pewarna sintetik.

“Pada masa sama, ia diperbuat daripada bahan pembuatan makanan yang selamat jika termakan semasa memberus gigi seperti ekstrak polifenol, koko premium, cengkih dan minyak zaitun,” kata kenyataan tersebut.

Keterangan lanjut, sila layari www.mismis.com.my