Luar biasa & berani dalam berfesyen, Melinda Looi tetap pastikan suntikan elemen tradisi dalam busana urban

A
A
A

PEREKA hebat bernama Melinda Looi sering tampil dengan sesuatu yang menarik dan luar daripada kebiasaan.

Memasuki tahun baharu pasti ada perubahan yang ingin dilaksanakan. Demikian juga figura fesyen terkenal yang satu ini.

Baru-baru ini, beliau yang turut mesra disapa Mell, menjemput SinarPlus dan beberapa media lain bagi memperkenalkan koleksi terbaharunya menerusi satu pertunjukan fesyen mini.

Graduan dari La Salle School of Fashion, Kanada itu menamakan koleksi terbaharu beliau sebagai koleksi Crossworlds.

Baca ni Melinda Looi pilih anak sendiri untuk berkolaboratif dalam koleksi terbaharu yang berjiwa muda

Melinda

Himpunan rekaan berkenaan berada di bawah label Mell by Melinda Looi. Dengan lebih 20 rekaan istimewa buat kaum Hawa, koleksi kali ini tidak lari daripada kebiasaan dirinya yang sentiasa mahu menampilkan keberanian dalam berfesyen.

Pilihan rona terang seperti merah, biru, jingga dan banyak lagi menjadi sandaran untuk setiap helaian busana yang diperagakan.

“Sengaja saya memilih untuk mengadakan pertunjukan fesyen memandangkan sudah lama berehat. Sementelah, selepas Covid-19 banyak benda tertangguh. Justeru, saya bangkit kembali dengan rekaan yang lebih menarik untuk disajikan buat peminat.

baca juga Penampilan sulung karya anak dalam koleksi fesyen terbaru, Melinda Looi luah rasa bangga dan terharu

melinda 4

 

"Koleksi kali ini merupakan yang ketiga di bawah label Mell by Melinda Looi. Untuk rekaan di bawah jenama Melinda Looi ini, saya mempertaruhkan rekaan yang lebih menarik dengan konsep yang lebih urban," ujar figura fesyen berpengaruh tanah air itu lagi.

Malah, rangkaian busana wanita ready-to-wear yang dikenali sebagai Cruise Collection turut tersedia dengan pelbagai pilihan warna menarik dan ceria.

Selain potongan dress paras lutut dengan rekaan ringkas namun cukup feminin, terdapat juga blaus dengan potongan leher jenis boat yang dipadankan dengan skirt.

Ditanya mengenai pemilihan fabrik untuk koleksi kali ini, jelas Mell, material seperti sifon, net mesh dan juga kain jenis jacquard masih menjadi pilihannya.

Baca juga ‘Suami pendorong, bimbing & lorongkan jalan…’. Julia Farhana tampil berhijab sepenuhnya, jadikan Bella Dally idola berfesyen!

melinda 1

 

Sementelah fabrik jenis itu mudah disuaipadankan dengan rekaan yang sedia ada.

"Untuk satu-satu rekaan yang saya hasilkan, setiap satunya ada pesona tersendiri selain turut mengadaptasi rekaan yang eksotik sesuai dengan keanggunan seseorang wanita. Sekali gus, membuatkan rekaan tersebut nampak luar biasa.

'Malah, pemilihan rona terang juga sesuai dengan cita rasa si pemakai. Malah ia satu sebab kenapa saya memilih konsep sedemikian adalah supaya dapat membangkitkan aura terutama kepada mereka yang gemar tampil berani dalam bergaya," ujarnya.

 

Elemen malar segar

Pada masa sama, beliau turut memperkenalkan pereka baharu di bawah pengurusannya. Helaian busana menerusi koleksi Crossworlds itu bukti yang cukup idealistik hasil cetusan idea dan sentuhan tiga pereka muda berbakat besar iaitu Cassandra Ngiaw, Fara Riad dan Tan Yen Li.

Baca lagi ‘Tiada istilah isteri lebih dominan.’ Pilih suami jadi pengurus, Bella Zahir semakin matang kendali emosi

melinda 2

 

"Saya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan pereka muda dan menerusi koleksi terbaharu ini, setiap pereka muda dapat mempelajari sesuatu yang baharu sekali gus dapat menimba pengalaman dan belajar melihat sendiri bagaimana satu-satu rekaan itu dihasilkan," ulasnya lagi.

Selain memastikan setiap satu rekaannya terkini, elegan dan eksklusif, Mell juga bijak mengadunkan setiap satu busana mengikut kesesuaian musim perayaan.

Memandangkan sambutan Tahun Baharu Cina sudah tidak lama lagi, koleksi yang dihasilkannya turut menyediakan busana cheongsam dengan sentuhan moden.

Masih mengekalkan ciri-ciri klasik dan kesesuaian tema sambutan perayaan tersebut, busana itu turut diperhalusi dengan padanan blaus bersama dress singkat. Ia sekali gus menyalurkan emosi ceria dan feminin buat si pemakai.

Baca lagi ‘Cantik & tinggi Bella, ada lesung pipit.’ Terbang ke Universiti Oxford, penampilan anak sulung Dr Sheikh Muszaphar jadi perhatian!

melinda 3

Lebih menarik lagi, bahagian kolar Mandarin tersebut boleh dilaras dan menyuntik elemen malar segar.

“Melalui rekaan sebegini, ia tidak terhad kepada perayaan Tahun Baharu Cina semata-mata, sebaliknya anda bebas menggayakannya dalam apa jua majlis mengikut kesesuaian pada bila-bila masa dan di mana sahaja,” jelasnya sebelum menutup perbualan bersama penulis.

Sumber gambar: mellbymelindalooi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca