JIKA sebelum ini anak sulung kepada pelakon Emma Maembong sering mencuri tumpuan ramai, kini adiknya turut mendapat perhatian.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram milik Shariq Gabriel, kelihatan dua beradik tersebut sedang bergurau-senda bersama.

Dalam gambar yang dimuat naik itu, si abang iaitu Shariq Gabriel dilihat memeluk adiknya, Shakil Aryan Shah.

Baca ni ‘Bunga abah, saya suka panggilan tu.’ Kongsi gambar baby, rupanya ramai tak tahu Syafiq Farhain kini bergelar ayah

emma

Malah, ada juga terselit gelagat Shariq yang seolah-olah geramkan si adik dengan mengusik pipinya.

Mungkin juga kehadiran si adik membuatkan beliau lebih ceria dan gembira kerana sudah mempunyai kawan untuk bermain bersama-sama.

Kedua-duanya sangat comel, ditambah pula dengan kulit masing-masing yang putih melepak membuatkan ramai yang geram melihatnya.

Perkongsian Emma itu mengundang perhatian ramai, malah rata-rata warganet mengakui adik-beradik itu mewarisi wajah ibu bapa mereka.

Baca lagi Emma Maembong kini ibu anak dua, selamat bersalin baby boy, Shariq officially jadi abang

emma

Ada yang mengatakan si anak sulung banyak mengikut sebelah Emma, manakala si adik pula lebih mirip dengan bapanya, Shazli Azhar.

Kecil-kecil lagi sudah nampak handsome. Ditambah pula dengan darah kacukan Melayu-Inggeris daripada sebelah ibu mereka kini yang mengalir dalam diri masing-masing.

Sehingga kini, perkongsian tersebut mendapat lebih 58 ribu tanda suka.

Baca lagi Anak Emma Maembong gigit tangan Chacha menjerit, rupanya fasa normal kanak-kanak 1 hingga 3 tahun

shariq

Berikut SinarPlus kongsikan beberapa komen yang dimuat naik warga maya:

‘Shakil muka daddy, Shariq muka mama.’

‘Elok betul baka keluarga. Model Pampers! Mahal gaji ni.’

‘Dua-dua comel macam anak patung. Sorang muka Emma, sorang muka daddy. Eloknya kejadian. Masya-ALLAH handsome belaka.’

Iklan

‘Abang mula-mula sayang, kemudian kena belasah. Comel dua-dua.’

shariq

‘Alahai Shariq geram dengan adiknya, kenapa lagi comel daripada beliau.’

‘Saya yang berdebar tengok Shariq smackdown adiknya.’

Admin pun suka tengok gelagat anak Emma terutama yang sulung. Macam-macam karenah yang mencuit hati ditunjukkan si abang ini menerusi gambar atau video yang dimuat naik Emma ataupun suaminya.

Baca lagi ‘Isteri ibarat bayang…’ Healing berdua & mengalah apabila bergaduh, Izzue Islam dedah rahsia rumah tangga bahagia

shariq

Iklan

Lepas ini, lagi pening Emma nak melayan dua-dua heronya yang semakin membesar itu.

Sekadar makluman, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 31, mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Sumber: Instagram shariqgabriel