SEBUT sahaja belimbing buluh, pasti teringat masakan ibu dan nenek yang berada di kampung.

Masakan tidak, mereka diibaratkan seperti cef profesional dalam mengolah apa jua masakan agar tiada bahan-bahan masakan terbuang.

Kalau kita diberi belimbing, pasti kita kurang idea untuk memasaknya.

Apa yang biasa kita buat adalah memakannya bersama garam, walhal banyak lagi resipi yang boleh dicuba.

Kepada pembaca SinarPlus sekalian, jika kalian kekeringan buah fikiran, jangan buang buah tersebut, sebaliknya cuba resipi yang bakal kami kongsikan.

Terima kasih kepada pengguna media sosial, Facebook, Zulfaza Loves Cooking ZLC atau nama sebenarnya Zulfa Zainal Abidin yang berkongsikan resipi halwa belimbing buluh menerusi entri beliau baru-baru ini.

Sama seperti pendapat SinarPlus, kata Zulfa, lebihan belimbing buluh yang tidak habis dimasak, seelok-eloknya dijadikan kudapan.

Cuba juga: Ikan bakar berempah, menu sihat, ini resipi paling ringkas disediakan

“Proses pembikinan halwa belimbing tak susah cuma ambil masa beberapa hari kerana ia perlu diperap bersama gula selama dua hari kemudian dijemur,” ujarnya.

Tambah wanita itu lagi, bagi mereka yang tertanya-tanya tentang rasa, ia persis seperti menikmati kismis.

Berikut bahan dan cara penyediaannya:

Bahan-bahan

– 1 mangkuk besar belimbing buluh
– 1 ½kg hingga 2kg gula
– Air untuk merebus

Cara penyediaan:

Iklan

1. Basuh, bersihkan dan tos belimbing buluh.

2. Rebus belimbing sehingga warnanya berubah kemudian toskan dan biarkan ia sejuk.

3. Masukkan ke dalam besen, taburkan gula dan tutup. Biarkan selama dua hari dan dalam tempoh itu gula akan mencair dengan sendiri.

4. Selepas dua hari, toskan sehingga kering.
Kemudian, susun belimbing di atas talam dan jemur sehingga kering. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Iklan

Haa… mudahkan nak buat halwa belimbing ni, daripada biarkan buah itu membusuk, lebih baik buat pemanis mulut. Gerenti anak-anak pun suka dengan juadah itu.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi daging goreng pedas mudah, menu lazat hingga menjilat jari, cubalah ibu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.