BAGI kebanyakan orang, mereka suka mencari koleksi pakaian di pusat beli-belah kerana banyak pilihan dan paling penting, tersedia dengan ruang parkir.

Jika bernasib baik, dapatlah harga murah jika ada promosi kaw kaw terutamanya ketika musim perayaan atau jualan hujung tahun.

Pun demikian, item bundle pun tak kurang menariknya. Kalau pandai ‘menyelam’, tak mustahil dapat cari jenis branded yang masih cantik. Harganya pun jauh lebih murah.

Nilai paling rendah pun rasanya RM5 ditawarkan untuk baju, seluar waima jaket jika pandai mencari.

bundle

Memang jenuh nak belek satu-satu, tapi hasilnya berbaloi.

Carian SinarPlus di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, sudah banyak premis menawarkan barang bundle yang berkualiti tinggi.

Berikut info menarik:

1. Bandoru Store

Antara destinasi paling wajib singgah jika lalu Federal Highway, laluan ke Shah Alam.

Semua item yang dijual didatangkan khas dari Jepun dan ramai reviu kata, banyak barang rare dijual di sana.

bundle

Kalau bab harga, agak berpatutan dengan kualiti. Lebih jimat kalau dibandingkan dengan baju baharu.

INFO
Alamat: Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Facebook: Bandoru
Laman web: https://bandorustore.com/
Instagram: @bandorumalaysia

2. Jalan Jalan Japan

Lebih kurang sama dengan Bandoru Store, tempat jualan tersebut lebih luas dan selesa.

Memang rambang mata dibuatnya kerana semua item dari Jepun memang cantik dan murah. Set permainan anak-anak pun banyak dijual.

bundle

Dibuka seawal jam 10 pagi hingga 10 malam di One City Sky Park, USJ dan 1 Shamelin Mall, Cheras, boleh jadi list wajib terjah selepas ini.

INFO
Alamat: Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Facebook: Jalan Jalan Japan
Instagram: @JalanJalanJapan.Malaysia

Baca juga Jual baju bundle, modal rm50, pendapatan kalah orang makan gaji

3. JBR Bundle

Lokasi paling hot buat peminat bundle dan bukan satu tapi empat pilihan premis dibuka buat penduduk sekitar Lembah Klang.

bundle

Pengalaman penulis sendiri yang pernah ke sana, jaket kanak-kanak dan kasut berjenama memang berbaloi untuk dibeli.

Lagi satu, setiap lorong disusun mengikut jenis pakaian, memang senang nak cari ikut selera masing-masing.

INFO
Alamat: Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 12 malam
Facebook: JBR Bundle
Instagram: @JBRBundle

Baca juga Hanya jual koleksi terpakai, kisah Mona Mejia capai keuntungan lebih RM3 juta buat ramai teruja

4. Baden Baden Bundle

Iklan

Antara pilihan yang boleh menyelamatkan poket kalian. Bajet shopping masih pada tahap selamat kerana harga ditawarkan memang murah.

bundle

Koleksi lebih banyak kepada baju dengan label tersendiri. Untuk mereka yang hunting barang rare, bolehlah singgah ke sana.

Nak beli secara borong pun, berlonggok-longgok bungkusan tersedia untuk anda.

bundle

INFO
Alamat: Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Facebook: Baden Baden Bundle
Instagram: @badenbadenbundle

5. Family Bundle

Sekilas pandang, signboard lebih kurang jenama FamilyMart jer. Cuma Family Bundle lebih kepada jualan baju vintaj.

Sebanyak 15 cawangan dibuka buat peminat bundle di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.

Iklan

bundle

Paling best, harga ditawarkan bermula RM6.50 dan paling mahal pun, RM58.

Kalau cari jean, memang banyak dan harganya serendah RM6.50 jer.

INFO
Alamat: Sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Perak
Waktu operasi: 9 pagi hingga 7 malam
Facebook: Family Bundle MY
Instagram: @familybundlemalaysia

bundle

Jadi, apa plan kalian hujung minggu ini? Apa kata jalan-jalan cuci mata di lokasi yang disenaraikan.

Nak cari baju basahan anak-anak pun senang. Harga pun lebih jimat dan menguntungkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.