NEGERI Kelantan terkenal dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat belaka. Justeru tidak hairanlah apabila kalau pergi ke negeri ini, orang pesan jangan diet sebab rugi jika tidak menikmati makan tradisional Kelantan.

Ini antara makanan tradisional Kelantan yang anda mungkin tidak tahu.

1. Nasi tumpang

Nasi tumpang yang memang berasal dari negeri Kelantan ini merupakan salah satu makanan yang unik di sana. Nasi tumpang ini terdapat nasi dengan lapisan yang berbeza dan dibungkuskan di dalam bentuk kon sebelum dihidangkan. Nasi tumpang ini akan dibungkus menggunakan daun pisang. Lauk yang ada didalam nasi tumpang ini ialah omelet, serunding ikan atau serunding daging,udang atau ikan masak kari,sambal cili dan timun. Setiap lauk akan diletak secara selang seli dengan nasi putih.

2. Mi Chambol

Mi Chambol merupakan salah satu makanan yang terdapat di Kelantan. Mi Chambol sangat terkenal di kawasan Pengkalan Kubor, Kelantan yang bersempadan dengan Thailand. Macam mana  dengan bentuk mi chambol ni? Mi chambol merupakan mi yang bersup dan dicampurkan dengan bebola seafood dan mi yang digunakan pula kebiasaanya ialah mi kuning,mihun dan mi patthai. Mi patthai merupakan sejenis mee yang popular di Thailand.

3. Ketupat sotong

Ketupat sotong menggunakan sotong bersaiz sederhana besar bagi menghasilkan hidangan ini. Selain sotong ia juga menggunakan beras pulut yang akan diisi ke dalam sotong tersebut, kemudiannya dimasak menggunakan gula Melaka sebagai manisan. Air manisan ini turut ditambah dengan beberapa bahan lain untuk memberikan rasa yang lebih mengagumkan.


4. Nasi manis
Nasi manis atau dikenali sebagai wajik ini salah satu makanan tradisional Negeri Kelantan. Nasi manis ini merupakan sejenis pulut yang rasanya agak manis dan kebiasannya nasi manis ini dimakan begitu sahaja tanpa lauk. Di Kelantan, nasi manis ini akan dibuat sebagai pencuci mulut atau manisan untuk majlis-majlis perkahwinan atau pertunangan. Nasi manis ini juga mudah untuk didapati di Kelantan terutamanya di kebanyakkan warung yang menjual kuih muih pada waktu pagi. Nasi manis itu juga digelar sebagai pulut pagi oleh orang-orang tua di kampung.

5. Sira labu

Iklan

Sira labu merupakan salah satu makanan bersira yang sangat popular di Kelantan. Sira labu ini selalunya dimakan sebagai makanan santai petang dan sira labu juga boleh dimakan dengan nasi putih. Kebiasaannya, sira labu ini boleh didapat dalam majlis perkahwinan  dan merupakan sejenis menu wajib.Rasa sira labu ini agak manis dan menjadi simbolik negeri Kelantan yang menyukai makanan yang manis-manis.

6. Kuih Jala Mas

Kuih Jala Mas menggunakan kuning telur sebagai bahan utama. Ia merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dimasak dalam air gula. Kuning telur tersebut diurai ke dalam air gula yang sedang mendidih. Ia dibiarkan seketika dan adunan tersebut boleh diangkat. Kemudiannya, ia ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas yang tersedia.

Iklan

Kebanyakan makanan daripda negeri kelantan ini memiliki rasa yang manis namun ianya mempunyai keunikkan yang tersendiri. Ini adalah di antara enam makanan tradisioal kelantan yang anda wajib cuba apabila melawat negeri tersebut.

Foto: mynameistraveller

PENULIS: FATIN SYAZWANI MOHD HANIF